Wednesday, December 29, 2010

Saya ingin menonton filem Faster!!



Faster, satu filem arahan George Tillman Jr bergenrekan aksi bakal merempuh panggung wayang yang berdekatan dengan anda pada Januari 2011!

Berkisarkan tentang Driver [dibintangi oleh John Dwayne yang gagah perkasa ^^] yang ingin membalas dendam buat kematian abangnya [atau mungkin adik] di dalam satu rompakan yang tak berapa nak berjaya yang menyebabkan Driver meringkuk dalam penjara selama 10 tahun [ye, saya tahu. sungguh sedeyh kan?].

Sebagai seorang lelaki yang telah bebas merdeka dari penjara, Driver ingin memastikan misi pembalasan dendam nya berjaya. Namun, ada 2 stalker yang turut memburu Driver. Si pemburu kini turut diburu! Mampukah Driver meneruskan misinya dalam mencari pembunuh abangnya? Dapatkah dia membalas dendam? Apakah kesudahan cerita ini yang penuh dengan aksi dan impak maksima? Ingin tahu?


Jom serbu bila dia keluar nanti! (^_^)v

Monday, December 27, 2010

Sikit.

Sket je lagi... 



Sket je lagi masa yang aku ada sebelum aku kata goodbye kat tanah tumpah darahku ni..



Sket je lagi waktu dalam tanganku sebelum aku pergi dari pelukan mama aku..



 Dah tak lama dah sebelum aku bergelar "Mahasiswi" 
[Waktu di kms tu aku tak kira okeh sebab ak rasa macam dak skola menengah je kat situ. Forever young bebeh!!]


[credit to : cik muzik]

Time is short. Make it sweet with wonderful memories okeh?
[pesanan dari penaja ni. siyes!]

Sunday, December 26, 2010

Tag.

Hehehe.. Sebenarnya dah lama dah si dia tag aku dalam kuiz ni, tapi sebab malas nak buat kan, so tertunggak. Anyway,  ari ni nak bersemangat untuk buat kuiz ni. Hehehehhe..



Anda rasa anda hot?
Define hot. Apa itu hot? Panas? Mengancam? Dan tak, saya tak hot. Ekekekke. Saya cool... :)


Apa wallpaper blog awak sekarang?
Jellybeans!!


Cerita sket tentang wallpaper anda tu.
Err... Jellybeans yang yummy dan buat sy rasa macam nak telan lappy saya tiap kali sy baca. Taktawla kalau org laen.


Kali terakhir makan pizza?
Errr... Tak ingat dah.. A few months back?


Lagu terakhir anda dengar?
Umumumumumum.. lagu ape ek? Oh, lagu "Keep ur hands of my gurl" sebab tu ringtone handphone.


Selain dari selesaikan tag ni, apa yang awak buat?
Blogwalking, stalking, drinking, dreaming..


Selain nama sendiri, ada nama lain tak?
Err... Pilih, nak Lily Mahira ke, Shizuka Aiko ke, Yukiyuki ke, Betty ke, Melissa Aireen ke...


Tag 5 orang.
1. Intan Suhaila
2. Nadzirul Hilmi
3. Masshie Mastura
4. Prettylike Razi
5. Subki


Orang no 1 adalah..?
My beshfren!!!


Katakan sesuatu kepada orang no 5.
Belajar betul2...


No 3 sedang bercinta dengan?
dia single. [kan mas?]


Siapa no 2 dengan anda?
My bestfriend jugak!


Apape pesanan untuk no 4?
Suke layan blog awak, cool!


Berikan 4 fakta tentang orang yang tag anda.


Manman
-Belajar human sciences di UIA Gombak
- Pemalu
- Comel
- Sayang sy. :D


Anis Hafriza
- Kawan baek dari form 2.
- Suke simpan masalah, sebab taknak org risau.
- Cantik [siyes]
- Single tapi tak available. hehehhe.. ke da in relationship cik anis sayang?


Ngeh3...



Satu.

SATU



Sudah satu bulan,
Ku disisi mu,
Ku panggil kau Manman,
Kaulah bidadari ku.

Sudah satu bulan,
Ku mengenali mu,
Pahit getir dan dugaan,
Kau tetap bersama ku

Sudah satu bulan,
Ku menyayangi mu,
Sebulan kita berteman,
FYI, I love you.


p/s  :) mode jiwang~


Saturday, December 25, 2010

Sempurna.

Aku ingin jadi sempurna. Sesempurna watak-watak dalam cerita dongeng yang punyai happy ending. Punyai keluarga bahagia, rumah besar, kereta mewah, duit banyak, cowok ganteng, bijak pandai, ramai sahabat, kerjaya yang hebat. Meskipun andai ada masalah atau ribut yang menimpa, watak-watak sempurna ini dapat mengharungi dengan jayanya dan hidup dengan aman dan bahagia. Aku ingin jadi begitu. Sempurna. Hebat.


Tapi jika aku palingkan kepala ke arah realiti, aku sedar tiada kesempurnaan pun dalam diri aku, hidup aku. Aku manusia biasa, punya cacat dan cela. Kecacatan yang orang lain pandang dan caci, sedangkan kecacatan yang ada pada mereka lebih hina dari aku. Aku sedar diri aku. Aku anak yang menghampakan ibu bapa, kawan yang mengecewakan kawannya, kekasih yang tak pandai bercinta, adik yang menyedihkan kakaknya dan kakak yang tak mampu untuk dijadikan idola buat adiknya. Aku produk gagal.




p/s angin aku kurang baek, sedang bertiup kencang ke lembah hampa dan gunung kekecewaan. Aku juga sedar yang walaupun aku tidak sempurna, so does everybody else

Sajak.

Hari ni, aku nak tulis satu sajak, khas untuk teman baik aku, teman ketawa aku, teman menangis aku, makwe aku andai aku ni lelaki, [err. meskipun macam byk kategori, aku tuju pada sorang je taw...]


TERIMA KASIH

Aku hadir, penuh kesedihan
Sedih dipaksa, sedih terpaksa
Di sebelah kau ada ruang, 
Kau jemput ku untuk mengisinya
Terima kasih


Saat aku jatuh, terduduk
Kau tarik aku bangun
Kau beri aku semangat
Kau kuatkan hati aku
Terima Kasih


Pernah kita berjanji,
Bersama-sama ke menara gading
Bersama-sama walau apa pun,
Kau bilang, "Kerana kita kan sahabat?"
 Terima Kasih


Maafkan aku,
Andai saat kau perlukan aku,
Mungkin aku tak dapat bersama mu,
Tunggu aku besar ya?


Kau menangis, kecewa,
Susah hati atau merana,
Ingatlah yang aku sentiasa dengan kau,
Biarpun tidak secara zahiriah


Biar aku terbang jauh dari kau,
Biar aku tiada di sisi kau,
Aku mahu kau tahu,
Kita tetap sahabat sehingga ke akhirnya.






Terima kasih Intan Suhaila Rahim. Kerana jadi teman aku. Kerana jadi sahabat aku. Stay tight till the end okeh? takmau nangis2..

p/s Is, aku tak pandai sangat wat sajak. huhu. cowi taw? muah muah!! sayang ko!! Wat HAXIMA yg laen.. aku tulis pasal is tak bererti aku tak ingat kat korang taw? muah muah muah gak!!!


Liya.

Tiba-tiba teringat dia...

Dia yang senyumannya mampu menjadi secerah matahari..

Dia yang ketawanya mampu menggembirakan hati yang lain..

Dia yang petah berkata-kata, jarang bermasam muka..



Liya Nordin
(1991 - 2010)

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..


P/s   Merindui arwah Liya, meskipun aku bukanlah insan yang paling rapat dengannya. :'(

Wednesday, December 22, 2010

Rezeki.

Alhamdulillah.. Hari ni rezeki aku murah. Aku meniaga hari ni dkat Matrade. Mama aku amek tapak meniaga untuk bazar, so layan la. Takdela ramai bebenor yang membeli, tapi rezeki tetap rezeki kan? Kenala bersyukur. Petang tadi pergi pasar malam, jumpa kedai bundle. Alang-alang aku ngah mencari coat, aku try la usyar2 kot2 ade yang berkenan di hati. Aku jumpa 2 coat ni..





[ekekeke. model baju sejuk : adik sepupu]

Hehehe.. cuba teka berapa ringgit? Lau aku tak cakap aku beli kat kedai bundle mesti korang teka ratus2 kan? ekekeke... Baju ni, arga dye RM5 je satu. Aku beli 2, jadi 2 coat tebal ni hanyalah RM10.
Ekekekkeke..

Then.. pergi wat spek adik aku kat Shah Alam. Aku memang kamceng ngan makcik wat spek tu.. So aku try la pomot2 barang2 kraf yang aku wat a few days ni..


[sape2 berminat leh contact aku.]

Hehehe.. terjual la "I LOVE YOU" tu dengan daisy duck.. alhamdulillah.. Then, borak2 ngan makcik tu pasal aku nak ke New Zealand. Tengah syok2 borak pasal baju sejuk, makcik tu kata, ade anak buah dia baru balik Australia, belikan dia baju sejuk yang too big untuk dye pakai, tapi macam muat2 untuk aku, so dia bagi la ak...


[wool tu..]

:) Agak bermurah rezeki hari ni.. Moga esok dan hari seterusnya rezeki makin mencurah2.. Amiiinnn


p/s  dokumen tak selesai lg tu. adoiyai...

Sunday, December 19, 2010

Bosan.

Hah. Amek ko. Punyelah takde idea sangat, simple je aku bagi. Bosan. Bosan ngan segalanya. Ngan idup aku, ngan diri aku. UUURRRGGGHHH...... [mode emo melampau]

huhu. Pehal emo pon aku taktaw. Petang tadi melalut2 gila time borak ngan si dia. Sampai dia pon blur2 sudah. "Apahal minah ni?" huhuhuhuu.. Tangan gatal nak shopping, tpi duit takde. Telinga nak dengar music dalam PSP, PSP rosak. Mulut nak bercakap, tapi tade sape layan. Hah senang. Aku shut up, buat dunno je kat sume orang. ekekekkekekekekke..


p/s    Sila jangan ambil hati ngan aku. Aku tengah melalui fasa biol sekarang ni. Kenapa aku tulis blog pasal ni? Sebab aku gedik, nak jugak tulis blog walaupun tade idea. Hah, amek.

Narnia.

Narnia oh Narnia~

Semalam g tgok The Chronicles of Narnia : Voyage of The Dawn Treader (3D).. Disebabkan aku taknak jadi spoiler bagi sesape yang belum tengok agi, aku nak cakap satu je.. BESSTTT OOWWWWHHHH!!!! >.<


[Prince Caspian hensem gila kot.. Aaarrrggghhh!!]

Hehe.. Takat ni tiga2 chronicles aku dah tgok.. hehehe..

  

Apape pon, aku rasa yang Voyage ni yang last kot.. Aku rasa la.. Hehehe.. Apape pon, bagi yang belom tengok lagi, cepat2 la rush ke cinema terdekat untuk beli tiket. Berbaloi oh!!

p/s  especially bile tgok dalam 3D

Saturday, December 18, 2010

Kahwin.

Bulan 12 ni ramai orang sibuk nak kahwin. Ada yang kahwin grand2, ada yang simple2, ada yang wat private, ikot cita rasa pasanganla [serta poketnya]. Anyway, agaknya otak mama aku pun da kena jangkit virus kahwin2 ni kot. Pergh.. Ape citer ni sister??


[ni bukan mama saya. ekekekek]

huhu. Jangan salah paham. Aku cakap mama aku kena virus kahwin bukan bermaksud mama aku nak kawen laen. ekekeke. Abah aku tu nak campak dekat mana? Kan kan kan? Huhu. Tadi lepas attend kenduri kawen on behalf of mama aku [dia malas nak pegi, dye suh aku wakilkan je], aku ke Giant Kota Damansara. Dengan baju kebaya nya, dengan adik sedara aku umur 11 tahun [tp bdn kecik je] duk ikot bontot aku, ada lah mamat sales ni tegur aku..

"Kak, meh la beli buku ni untuk anak akak tu"

Adesh. Rasa nak makan selipar kot abang ni? Aku baru 20 da ade anak umur 11. Aku kawen umur brape??? ekeke. Balik umah aku cite kat mama aku. Mama aku tarik aku suh baring sebelah dia. Sambil maen2 rambut aku, mama aku tanya..

"Nak kawen ke? Mama kawenkan ek? Tak payah fly, duk sini kawen. Ye?"

Oh no! Mama!


[ni muka horrify aku]

Huhu. Nampaknya mama dah kena jangkit virus org kawen. Tolonngggg!!!


p/s  sebenarnya memang nak gatal nak kawen pon.. Tp nak bagi suami makan ape? Pasir ngan batu? ekeke.. 

Teacher.

Ahahahah. Skunk ni aku nak cuba letak sume title post aku satu perkataan je. ekekekeke. Konon smart la. hehehhe. Anyway, ada apa dengan teacher?


[leh tak jadi teacher seksi cmni? aaauuuwww! >.<]

Bulan 1 ni aku ada summer school. Summer school ni salah satu program yang aku kena ambil before aku boleh terbang. Haa.. tu those yg tak tahu, aku ni bakal mengambil Bachelor Education in TESOL di Victoria University of Wellington bermula tahun depan. Seronok kan? Perrgghh.. Berusaha separuh mati untuk qualify dapat terbang.

Di summer school nanti, aku kena buat praktikal sebagai English teacher selepas belajar cara-cara menjadi cikgu selama 2 minggu. Gila tak? ekekeke.. Kaki aku ketar bila pikir aku kena berdepan ngan budak2 remaja untuk ajar mereka English. Can i do it? ekekeke.. Harap tak terlalu gemuruh. Dahla aku ni pelik sket, takut ngan budak remaja. Huhuhu. Dulu time amek adik aku kat sekolah menengah, aku sanggup tak turun kereta sebab aku takut bertembung ngan bdak2 sekolah menengah tu. Padahal diorang bukan kenal aku. ekekek.

Nanti camna ek aku nak buat intro?


"Ehem, ehem.. Assalamualaikum. I'm ____ and I will be your teacher for today [and whenever they need me to be] How are you guys today? I hope everything is great. Let's learn English! Open your text book page 34 and start racking your brains at it. Thank you"


Ekekeke.. camtu leh tak? Serious rasa cuak and nervous. HEELLLPPPPP!!!

Friday, December 17, 2010

PSP.

Aku beli psp ritu melalui kawan aku kat USA. PSP 3001. Murah compare beli kat Malaysia. aku dapat arga RM660. Suke ati gila.


[cantik kan? aku tahu.]

then.. setelah 2 bulan pahit getir suka duka yang aku lalui bersama PSP aku ni.. tiba2..

MOTHERBOARD dia leh rosak.. adesh.. Aku rasa nak hempuk je tuuuuttttt.... Maen psp aku tak reti nak off.. aku baru tahu adik aku cite yang psp aku ni tak pernah beroff selama mana tutttttttt tu maen.. tp sebab dye dak kecik kan, n salah aku tak monitor, aku ampunkan dosanya!

aku try antar dkat Sony Malaysia, dia takmau accept untuk repair PSP aku. WTF. dia kata tu product USA, sila antar ke kedai game yang berlambak di luar sana. adeyh. Nak je aku seligi. aku tanya berapa nak kena bayar untuk motherboard, dia kata dalam 300 lebih.. adeyh.. ngan poket berabuk, ati aku terus mengalami depresi. huk3. nampak gaya lama lagi la baru PSP aku ni leh baiki. baru je berangan nak bawak PSP ni ke sana..


p/s  arap2 duit jatuh dari langit atau tumbuh kat pokok. Terselit celah2 buku pun ok gak. aku terima seadanya. T.T

Semak.

Semalam pergi perjumpaan Mara tentang penyerahan dokumen dan kontrak yang perlu aku isi sebelum dapat aku naek MAS. ekekeke.. Seronok dapat jumpa balik klasmate ngn dak tindikan & excited dapat tengok budak2 yang tak sama sekolah tp terbang sama2 ngn aku sekali. heheheh.. anyway, sebagai hadiah pertemuan, MARA dengan baek hatinya telah menghadiahkan sedepuk dokumen untuk dibaca dan diisi sebelum 31 haribulan ni. Mak aih..


[isi borang sambil online. ntah kenapa mata asyik mngadap lappy]



[borang2 yang kena isi.. uurrggghhhhh]

kaki tengah sakit lagi ni.. semalam seharian berjalan pakai high heels ke sana dan ke sini.. by the time pukul 4 tu, da tak larat nak angkat kaki langsung. Adeyh.. turun je bas, hujan.. huhu.. Sebab sakit kaki sangat kan, aku cabut kasut aku, jinjing tgan kiri, pastu jalan dengan machonya atas jalan tar tanpa kasut. ekekekekke... apa aku peduli, aku sakit kaki, bukan ada orang nak dukung aku balik umah pun kan? ekekekke..


p/s doakan aku berjaya mengharungi lautan dokumen. :D

Wednesday, December 15, 2010

Ribut.

Hari ni awan ribut. Lengkap dengan petir sekali. Oh, mungkin ada satu dua puting beliung.

 

Tiada mood nak berkata2. Mahupun mengatur bicara. Jari ni mahu menari-nari di atas papan kekunci meluahkan rasa sebal, kesal dan bebal yang berbuku di hati, namun diri ini tahu kata-katanya mampu melukakan hati. Biarpun ia sekadar perkataan2 yang tidak pernah diungkapkan, cuma dicoret di dalam blog berwarna warni ini.

 Hari ini aku hanya mahu baring peluk teddy bear aku sambil termenung selepas mengepost entry ini. Kepada yang telah vote blog aku dalam BPM, terima kasih banyak2 aku ucap. Tetapi dengan penuh rasa serba salahnya, aku dengan hormatnya ingin mengumumkan penarikan diri dari acara ini. Anggap sahaja aku sudah hilang semangat juang. Terima kasih di atas sokongan anda. Have a nice day.

Monday, December 13, 2010

Hari yang hangit. T.T

Hari ini hari hangit. Nasi yang hangit pon x sehangit hari ni. GGGRRRR!

Kehangitan-kehangitan yang berlaku pada hari ini :

  • Bangun pepagi, dah dengar orang jerit2 suruh bersiap ikut pergi Seremban. Mama ada meeting ari ni, dia angkut sume orang pergi sama. huk3.. T.T

  • Dah nak dekat Seremban, mama baru sedar dia tak bawak handbag. Lesen, IC, duit, semua tak bawak. Terpksa korek bank akaun yang makin lama makin kecil nombor baki yang tercatat. Itu dah kira double hangit. So panjang sket muke sedeyh. T____T

  • Da sampai, terpaksa spend 3 jam dalam kebosanan dan kepanasan dan kelaparan menunggu mama habis meeting. Nasib baek adik bawak syiling, dapat la beli roti n sket jajan. Tertido plak dekat warung kosong depan tempat meeting tu, sempat la gak 2 round zzzzzzzzzzzz... Adeyh, tangan plak cramp sebab tidor atas tangan.. Time ni da start bad mood, so tmbah pnjg sket muke sedeyh. T__________T

  • On the way balik tu, dahla mamai tak hilang lagi, taw2 je..  EEEEEEEEEEEEEEEEEEE... [bunyi tekan brek]... SKKRREEEEECCCHHHHHH... [bunyi tayar bergeser].. GEDEGANG! [ok, time ni dah langgar. Anda bleh buat muke terkejut sekarang].. Pergh. Pale otak tambah nenong-nenong. Tengok depan, rupanya mama langgar budak bawak motor. Budak tu keluar tiba-tiba dari rumah, terus belok ke kanan tak pandang kiri kanan. Cuak gila. Tergolek motor dia. Terus mama turun cek. Naya gak la lau budak tu luka. Dahlah IC xde, lesen xde. Huhuhu. Tapi nasib baek, agaknya budak tu pun nak setel cepat sbb dia pun xde lesen, kira halal je la. Huhuh. Budak tu ngn motor dia pun xde cedera apape pon. Cuma no plat keta ak je pecah kena langgar. Pergh. Terbang RM13 nak ganti plat [mujur bukan nyawa aku] T_________________________________T


Huhu. Dahlah dia pun tengah demam, risau2.. Huk3. Harap korang tak kena hari hangit macam ni..

Saturday, December 11, 2010

Mari mengundi 235! : New Blog Choice (2010)

Ekekekke.. Actually, aku ni x pandai pun masuk pertandingan2 blog yang memerlukan orang vote ni [sebenarnya x pernah masuk kontes apape pon. T.T huhu]. So since ni first time masuk, nak try nasib.  huhu.


okeh2.. maybe ada yang taktaw apa itu New Blog Choice (2010) atau terjemahannya Blog Baru (2010) Pilihan yang dianjurkan oleh pengelola Blog Pilihan Malaysia. Jadi sila right click link ini untuk mengupdate tangki minda anda. ^^

Ari ni aku nak bercerita tentang macam mana nak vote blog aku supaya dapat menang kontes yang baru first time masuk ni.ekekekke..

[Harap maklum. Segala maklumat yang terpapar di sini tentang cara mengundi disedut dari http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/12/cara-undian.html okeh?]

Cara-cara mengundi





Ade 2 peringkat mengundi nih...


Undian peringkat pertama (Jam 7 pagi 13 disember (Isnin) - jam 7 pagi 17 disember (Jumaat))Semua kumpulan akan dibuka serentak untuk undian peringkat ini. 5 blog bagi setiap kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan layak ke undian peringkat kedua.. [psstt.. ade 10 kumpulan. Aku group no 6!]





Undian peringkat kedua (akan diberitahu)
50 blog (5 blog dari 10 kumpulan = 50) akan dihimpunkan untuk diundi. Pemenang gelaran blog baru (2010) pilihan akan diumumkan dalam bentuk top 5.


  • Keputusan undian peringkat kedua akan diumumkan dalam bentuk top 10, sempena tahun 2010..

  • Senarai undian nanti akan dikeluarkan dalam bentuk nombor blog seperti dalam senarai, bukannya nama blog.

  • Gadjet poll akan digunakan, anda hanya undi nombor blog pilihan anda.. tidak perlu tulis nombor blog pilihan di ruangan komen nanti


OOOPPPPPSSSSS... nanti dulu.. aku tahu korang da tak sabar da nak vote blog aku ni..  Sabar, sabar.. Aku tak habis lagi bercerita.. Undian ni start minggu depan.. Diulangi.. MINGGU DEPAN.. ingat taw..


Jadi nanti bila da ke pusat mengundi untuk mengundi, sila jangan lupa taipkan no 235 ok dekat gadget poll tu. :) Suruh adik beradik, kawan-kawan, sedara mara, pakcik makcik, atok nenek, ibu bapa, jiran tetangga, kekasih-kekasih, skandal2 untuk vote yek. :) ekekeke.. Maceh.. :)




Thursday, December 9, 2010

Terharu di pagi2 hari!

Pagi2 tadi, bukak2 fb je da nampak kawan baek aku, Cik Intan Suhaila Sayang~ ada post something kat blog di untuk aku tengok. Dengan penuh bersemangatnya aku memecut untuk pergi membaca. Terharu seyh..
Korang boleh pergi baca apa post dia yang begitu mengharukan tu. Cepat, cepat! Terharu sebab diorang tetap ingatkan aku walaupun aku tak dapat join diorang pergi bercuti. Takpe bebeh, tunggu aku besar sket, harap2 by that time aku leh bodek mama aku untuk spend more time with you guys!!


I Heart HAXIMA.
[sumpah sayang gila dekat korang]

Wednesday, December 8, 2010

Teringat waktu muda-muda dulu..

Waktu muda-muda dulu..

Kalau buat assignment sekolah, kita guna disket je nak save. Mana ada pendrive2 semua ni. Paling up pun burn dalam CD, tapi tu leceh. kena ada Nero. Lau guna disket save ni, satu je masalah yang den kureng gemor.. Bila dia kata :


You need to reformat.

Time tu, meraung2 air mata darah pun tak boleh nak buat ape sbb kalau reformat maklumat ilang, lau tak reformat tak boleh nak bukak. Pergh. Sadis.


Waktu muda-muda dulu...




Paling suka tengok cerita ni. Tiap kali je show ni muncul kat TV, bontot da melekat depan tv, mata da kena glu dkat skrin. Siap beli action figurine lagi. Dulu minat Power Rangers biru, sbab biasanya yang tu macam yang paling cool. Merah tu cam poyo, pink gedik, kuning kuno, putih hebat, hitam hebat. ekekeke. pikiran budak kecik. kecik2 da pandai mengutuk. Ish3.


Waktu muda-muda dulu..

Benda paling hot time waktu muda2 adalah permainan tradisional. Percaya tak? ekekeke. Dulu masa aku kecik2, sibuk la maen batu seremban la, galah panjang la, congkak la. Ada budak kat kelas sebelah aku buat bisnes jual batu seremban. Laku pulak tu! Galah panjang ni selalunya budak leaki yang maen lepas abis sekolah, tapi disebabkan aku ni ganas, aku selalu diajak bermain dan mengajak untuk bermain.


[ni batu seremban versi moden. Orang dulu pakai batu betol yang dikutip dari seremban. sebab tu namanya batu seremban. ekekek. aku tipu je. Selalu orang jual dalam set 7, tapi aku selalu maen 5 batu je. kalau nak susah maen la 7 batu.]



[aku paling suka kot maen galah panjang ni. Mencabar]


Last but not least, game yang paling feymes di kalangan budak perempuan. Game tiang-tiang. Pergh. benda ni, time rehat maen, time balik maen, awal2 pagi pon ada yang maen. bile pikir2 balik, aku pun x paham apa benda nya yang seronok pasal game ni. ekekek..

hehehe.. tu la sket cerita pasal perkara best yang aku sempat teringat.. malas nak cite pepanjang.. ciao~

Tuesday, December 7, 2010

Saya cinta awak kerana...

Tak kira bila tengah berkapel ke.. dah kahwin ke.. Biasanya soalan lazim yang wujud mestilah "Kenapa awak sayang / cinta saya ek?" Selalunya heroin yang tanya soalan-soalan bernas macam ni. Dan bile si hero ni tersalah cakap, atau bagi jawapan tak memuaskan, heroin mula la tarik muka 14, muncung yang macam bontot itik dan duduk jauh2 sebab merajuk.


[ni bile hero da pening kepala taktaw nak watpe bila heroin majok]


Contoh dialog yang selalu menghala ke lembah kehancuran..

Gegurl : U sayang i tak?
Boboy : Sayang la..
Gegurl : Kenapa?
Boboy : Er.. Sebab u cantik
Gegurl : Lau tak cantik tak sayang la? [hot kejap]
Boboy : Sayang jugak.
Gegurl : Dah tu?
Boboy : Err.. Sebab u pandai amek hati i?
Gegurl : Lau da tak pandai tak sayang la? [makin hot]
Boboy : Err.. Bukan macam tu.. I sayang u sebab u lah segala-galanya untuk i
Gegurl : Kenapa I segala2nya untuk u?
Boboy : Sebab I sayang u.
Gegurl : Nape sayang I?
Boboy : Kan I dah kata td.
Gegurl : So lau da tak cantik, xleh memikat ati, da x sayang la? [berlinang air mata]
Boboy : [Panik] Bukan2.. U ni, yang penting I sayang u. Ok.
Gegurl : .... [majok sudah daaaa...]


ekekeke.. Meh sini orang nak bagi satu tips. Lau sesape yang menghadapi situasi di atas dan buntu nk bagi jawapan yang memuaskan.. sila guna salah satu ayat di bawah..


"Takde sebab I sayang u. Sebab kalau I sayang u ada sebab, bila hilang sebab tu, hilanglah sayang I. Betol x?"

[gerenti awek korang terharu!]


"I sayang u sebab i yakin u boleh jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk I dan anak2 I"

[pergh.. touching x?]


"I sayang u kerana Allah"

[Awek dah takleh nak cakap apape]



Ngeh3.. boleh tambah lagi perisa untuk buat ayat korang bertambah sedap. Hehe. Janji takde hati yang terguris. ekekekek..

Monday, December 6, 2010

New Blog Choice (2010)

Apa itu New Blog Choice (2010)? Ha.. Itu adalah direct translation dari ayat Blog Baru (2010) Pilihan, salah satu projek Blog Pilihan Malaysia yang diasaskan oleh Encik Azman Roslan.


Projek New Blog Choice (2010) ni bertujuan untuk menggalakkan blogger2 baru yang baru (ye, ada sedikit redundancy di situ.. Hee~) buat blog pada tahun 2010 untuk menjadikan blog mereka terkenal di persada dunia.. Hehehe..

Cara nak join projek ni senang je..

Memule..

  • Buat satu entri pasal projek ni

  • Letak link Blog Pilihan Malysia di dalam entri itu.

  • Letak tarikh pertama entri anda, bersama dengan link sekali.
Tarikh first post sy adalah 25 April 2010, pukul 8.15 p.m. Link dia macam ni... ----> http://gadissengal.blogspot.com/2010/04/hari-ini.html

  • Tinggalkan link entri anda di ruang komen dekat link no 2 yang sy bg tu. Voila. sudah siap!


p/s  Tarikh tamat dia 8 Disember 2010 sebelum 3 petang. Cepat, cepat, cepat! :)

Pusara di Lebuhraya

Put your music librabry on shuffle.or each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go.! When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this . The anwer to #20 is the Title of your notes.


1) If someone says "Is this ok?", You will say :
 
If we ever meet again - Timbaland feat Katy Perry
 
2) How would you describe yourself?
 
Unappreciated - Cherish
 
3) What do you like in a boy?
 
Tipah tertipu - Ruffedge
 
4) How do you feel today?
 
Kiss and Tell - KeSha
 
5) What is your life's purposes?
 
I don't care - Three Days Grace
 
6) What's your motto?
 
Down to earth - Justin Bieber
 
7) What do your friends think of you?
 
California Girls - Katy Perry featuring Snoop Dogg
 
8) What do you think of your parents?
 
This song is for mira - Skyjuicecoffee
 
9) What do you think about every often?
 
Tearin' up my heart - N'sync
 
10) What is 2 +2?
 
My Happy Ending - Avril Lavigne
 
11) What do you think of your bestfriends?
 
Number 1 - Big Bang
 
12) What do you think of the person you like?
 
Here by me - 3 Doors Down
 
13) What is your life story?
 
Dua Dunia - Siti Nurhaliza & Too Phat
 
14) What do you want to be when you grow up?
 
Sensual Seduction - Snoop Dogg
 
15) What do you think off when you see the person you like?
 
It's over - Jesse McCartney
 
16) What will you dance to at your wedding?
 
Tanpa - 6ixth Sense
 
17) What will they play at your funeral?
 
Buy you a drink - T-Pain
 
18) What is your biggest fear?
 
We are broken - Paramore
 
19) What is your biggest secret?
 
Lady - Big Bang
 
20) What will you post this as?
 
Pusara di Lebuhraya - Ekamatra
 
 
 
p/s LOL. malas nak tag sesape. lau korang buat sile bg link kat aku k? n promot2 skali blog ak ni. thanks

Sunday, December 5, 2010

To my Manman..

Let's not fight anymore. Let's not talk about handphones now. Let's just kiss and make up. For the moment. Let's fight in front of the handphone dealer. I bet that is more interesting. Ok baby? :) I love you.


[I give u flowers dalam ni, nanti date u give me flowers plak k? REAL ONEs. Fair x? ekekekeke.. :P]

Saturday, December 4, 2010

Warkah untuk Manman~~

To my Manman..

Plish bangun pagi-pagi... Mama kata bangun pagi-pagi ni elok.. Malaikat datang nak tabur rezeki.. Takmau bangun tengahari. Time tu matahari pun dah nak bersara dah dari kerja dia. okies? ^_^

To my Manman..

Nanti bila dah belajar bangun pagi-pagi, bangun2 tidur je minum air 2 gelas sebelom gosok gigi. Mama kata awet muda. Hee~ Ambik sarapan taw. Breakfast is essential! Bak kata Kapten Star, Ända sudah bersedia untuk ke angkasa? Jangan lupa sarapan dahulu!" [okay, i made up that part] Lagipun sarapan pagi boleh bantu untuk kurus taw!

To my Manman..

Jangan makan banyak sangat makanan yang berminyak.. x elok.. Minyak masak banyak kolestrol! Tu yang u selalu ngantok kalau baring. Suke tidor time mcg. Len kali lau tido lagi time mcg orang tamau dah mcg ngn dye. Majok! >.<

To my Manman..

Cayang bangat sama kamu!!



Friday, December 3, 2010

Jantung, Hati & Kalbu

Jantung.

Satu organ di dalam tubuh badan manusia yang mengepam darah ke seluruh tubuh.

Hati.

Satu organ di dalam tubuh badan manusia yang menapis darah untuk menjalankan proses penyahtoksin.

Kalbu.

Segala perasaan kita datang dari kalbu [ya, dan juga nerves and senses kita, mengikut teori barat]

Namakan saja.

Cemburu. Dengki. Gembira. Jatuh cinta. Sedih. Kecewa. Patah hati. Semua ini milik Kalbu. Di Kalbu lahirnya semua perasaan2 dan emosi ini. Hati kita sekadar menapis kotoran2 yang ada di dalam tubuh badan kita. Jantung kita sekadar mengepam darah.

Manusia sering terkeliru antara tiga perkara ini : Jantung, Hati & Kalbu.

"Hati saya gembira dapat bertemu awak"

"Jantung saya sakit setiap kali memikirkan awak yang telah meninggalkan saya begitu saja"

Tapi Kalbu?

Tiada orang kata

"Kalbu saya merindui awak"

atau

"Kalbu saya sakit kerana cemburu."


Sedangkan Kalbu lah yang merasai segala perasaan2 dan emosi ini. Betol x? Jadi selepas ini, marilah kita bersama-sama menggunakan perkataan Kalbu dalam kehidupan seharian okeh? ^_^ v


p/s haha.  x mungkin punya org nak pakai ayat kalbu dalam perkataan. skembat seyh.

aku memang tidak dilahrkan untuk ini. =.="

post pertama untuk bulan disember. haha. dah nak hampir setahun aku berblogging. alhamdulillah, cita-cita aku untuk buat 10 post setiap bulan tercapai. walaupun korang nampak macam x cukup 10 je setiap bulan, sebenarnya dulu ada lagi tapi disebabkan ada orang yang terasa dengan apa yang aku tulis, dia ugut suh aku delete. so jadi la kurang dari 10. huhu.

oh. yang pasal title tu?

huhu. pagi ni, aku baru belajar untuk menerima satu hakikat.


hakikat yang aku rasa cukup kejam.


hakikat yang memusnahkan salah satu impian aku.


aku memang tidak dilahirkan untuk menjadi seorang penyanyi.

 


aku suka menyanyi. selalu aku menyanyi sorang2, tak kira dalam toilet ke, jalan raya ke, padang ke, dalam klas ke, perpustakaan ke. bila aku dengar muzik, aku akan menyanyi. hahaha. sangat tak senonoh. aku tahu.

orang selalu suruh aku senyap kalau aku menyanyi. haha. bising sangat kot? masa aku form 5, tiap kali aku menyanyi, bukan takat sebelah bilik aku yang melalak2 suruh aku senyap. satu floor suruh aku senyap. hahaha. tapi aku ingatkan diorang saje je bergurau. biasa la. aku kan budak yang selalu fikir baik pasal org?

masuk kolej pulak, takde la orang kata directly yang suara aku tak sedap menyanyi. tapi aku faham la bila orang hint2. haha. cam contoh aku g karaoke ngan ex aku takpun kawan2 aku. bila aku menyanyi je terus diorang senyap. habis je, diorang senyum sumbing dan ambik mike dr aku. haha. tp xpe. aku amik hint tapi tak semesti aku amik port kan?

bile da kuar kolej, aku start keja. umah aku dengan tempat keja aku takdelah jauh sangat. ambil masa 20-30 minit kalau berjalan. kalau naek keta 5 minit pon dah sampai. so kadang2 kalau mama aku tak boleh nak amik aku balik keja, aku akan balik jalan kaki. aku tahu urusan hujan ni urusan allah. tp aku terasa dowh bila tiap kali on the way balik umah, aku menyanyi, sampai rumah je mesti aku dah basah kuyup sebab tiba2 je hujan. orang kata kalau suara tak sedap menyanyi, hujan akan turun. tak tahu la betul ke x. tp sebab aku ni percaya qadak dan qadar, aku rasa hujan itu satu kebetulan kot. satu rahmat yang memberkati suara aku. chewah..

pagi tadi aku kebosanan. penat menggosok baju, jadi aku berehat sekejap bersama secawan teh dan segenggam biskot XD tengah layan lahu Hey There Delilah, tetibe aku rasa macam nak rekod, nak dengar suara aku menyanyi. hahahahah. so aku record la pakai handphone Sony W910i yang da macam nak pecah tu. habis je rekod ak play balik. result dye?

jeng jeng jeng....


suara aku macam katak puru. tak sedap langsung >.<


pergh.


hancur sudah impian aku nak masuk Malaysian Idol..

Selamat tinggal Akademi Fantasia..


hari ni hari untuk aku menerima hakikat yang suara aku tak sedap. urgghhhh. hahaha. ok, cukup sudah membebel. aku nak pergi guling2 tgok muvie jap. pastu sambung menggosok. hoye!