Saturday, May 28, 2011

Pau Goreng

Hehe. Kisah nak buat pau goreng ni sebab hari tu nampak Dayang Hazieqa mengidam nak makan pau kukus. Tapi sebab takde jual kat sini, so kempunan la dye. Aku lak tengah semangat nak memasak lately, so muncul lah idea nak buat Pau Goreng Inti Kacang Merah.. Hehehe.. Bunyi cam sedapkan?

Tapi aku sedih sket time nak buat ni... Aku terlupe nak letak 1 bahan penting lam adunan.. Nasib baek jadi jugak.. Tapi tu la.. Rasa cam loser bila Ayuni kena tolong menyelamatkan. Terima kasih Ayuni!! Tapi dun worry, korang mesti boleh buat punya.


Pau Goreng Inti Kacang Merah



Bahan-bahan:

410g Tepung gandum
180ml Air
4 sudu teh Yeast kering (Macam brand Mauripan)
4 sudu besar butter (Yang ni la yang aku lupe bubuh  TT__TT)
5 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
Seberapa banyak pes kacang merah yang korang nak


Cara-cara:


1. Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati

2. Uli doh tadi sehingga doh tak melekat di tangan (Kalau melekit2 lagi walaupun dah berjam2 korang uli, pandai2 la tambah tepung)

3. Biarkan doh, sehingga doh sudah mengembang dua kali ganda dari saiz asal.

4. Keluarkan doh dan tumbuk doh untuk keluarkan angin. Jangan lupa uli ok?

5. Bahagikan doh kepada seberapa banyak yang anda mahu. Yang aku buat tadi boleh dapat dalam 18.

6. Leperkan doh di atas tangan dan masukkan pes kacang merah ke dalam doh. Bungkus balik. Ulang proses ni sampai habis semua doh korang.

7. Biarkan doh untuk kembang lagi. Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga doh sudah menjadi kekuning-kuningan.


TADA!!! Siap! Hehe. Ieqa kata dia seronok dapat makan. Aku gembira dengar dia gembira. Hihih. Oh harus bersiap untuk berniaga di pasar malam malam ni!

Caramel

Hari ni entah ape angin aku, aku mengada nak masak 2 benda sekaligus. Caramel dan Pau Goreng. Teringin nak makan Caramel. Dah lama tak buat. Tapi disebabkan takde periuk kukus, so tak terpikir lak nak buat. Mujur ada resipi untuk orang yang hanya ada microwave macam aku ni ha.

Since hari tu dah masak lauk2 macam Rendang ayam dengan Masak lemak udang, hari ni buat benda2 yang boleh dimakan semasa tea time! Heheheheh


Caramel  (guna microwave je)




Bahan-bahan

(Untuk Caramel)
1 cawan gula
1/4 cawan air

(Untuk Custard)
1 liter susu
8 biji telur
8 sudu besar gula
1/4 sudu teh vanilla essence


Cara-cara

(Untuk caramel)

1. Campurkan gula dengan air. Ada dua cara nak buat ni. (A) Masukkan ke dalam microwave selama 8-9 minit di bawah setting HIGH atau (B) Panaskan di atas api sehingga cair semua gula dan menjadi kekuning-kuningan. Secara jujur aku lagi suka guna cara (B). Comfirm jadi. Tapi hati-hati!! Takut hangit nanti pahit gula tu. 

2. Tuang di dalam bekas yang diingini. Pastikan bekas tu boleh diginuakan dalam microwave. Kalau pecah tak tahu. 


(Untuk custard)

1. Panaskan susu + vanilla essence + gula sehingga suam. Di bekas yang lain pukul telur sehingga sebati. Jangan sampai telur tu kembang. Campurkan kedua2 bahan dan adunkan sehingga sebati. 

2. Tuang ke atas caramel yang telah siap dicurah ke atas bekas. Tutup bekas dengan cling wrap atau plastic yang guna untuk balut makanan tu, dan masukkan ke dalam microwave selama 30 minit di bawah setting MEDIUM (60%-80%). Periksa dari semasa ke semasa untuk memastikan caramel tak hangit. 

3. Keluarkan dan biarkan sejuk. Kemudian simpan di dalam peti ais selama semalaman. Esok, boleh la terbalikkan masuk ke dalam bekas yang laen dan hidang!! 



[caramel yang telah dibedah!]


p/s   kalau susu tu panas sgat, nanti caramel lubang2 tak cantik :D



Friday, May 27, 2011

Suka!

hehe. Aku memang suka bila emosi ni.. Semangat nak memasak benda pelik2 membuak2.. Since haritu da masak Masak Lemak Udang, so hari ni aku bawak kuar ayam pulak. Memula takde idea gila nak masak ape.

Tapi..

Teringin pulak nak makan..


Rendang Ayam (versi takde kerisik)


Nampak sedap tak? Muahahahha.


Bahan-Bahan:

(p/s  Aku banyak alter resipi rendang-ayam-akak-taktahu-nama-ape-tapi-terima-kasih so ni macam versi aku nye rendang ayam la)

2 drumstick/peha/ kepak/ suka hati korang la
1 batang serai
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
2 sudu serbuk cili
1/2 santan tin (dalam 200ml)
1 inci asam jawa (agak2 besarsatu ruas ibu jari korang)
garam dan gula sesuke hati korang
air untuk rebus ayam


Cara-Cara:

1) Rebus ayam sampai empuk. Ketepikan ayam dengan air2 nya sekali.
2) Cincang halus bawang, bawang putih, halia ngan serai. (Aku malas nak blender, maaflah ye) Gaul dengan serbuk cili tu, taruk la air sket bg basah.
3) Tumis bahan2 yang dah dicincang sehingga naek bau. 
4) Masuk ayam yang direbus dengan air sekali. Tunggu mendidih.
5) Taruk santan, garam, gula dan asam jawa.
6) Biar atas api besar hingga kering. Pastikan tak hangit!!
7) Tunggu kering dan pecah minyak. Angkat dan hidang. (Kalau nak berkuah, masa minyak dah keluar tu, letak air dan biar mendidih. Kemudian angkat. )



Selamat menjamu selera!!






Masak lemak udang!

Ekekkee. Harini makan sedap sket. Muahahah. Taktaw sejak bila berminat nak post pasal masak2 ni.. Tapi apape pon.. Rasa seronok bila aku masak. :D

So.. resipi kali ini adalah..

Masak Lemak Udang


Masak lemak ni tak berapa nak kuning sebab aku letak cili lebih2.. Hik3..


Bahan-Bahan:

(A) 2 batang serai, dititik
(B) 5 cm halia, 2 cm kunyit hidup, 1 bawang, 4 ulas bawang putih (tumbuk / blend/ cincang halus2)
(C) 6 cili api (tumbuk lumat)
(D) 300g udang
(E) 3 daun limau (tade pun takpe)
(E) 1 asam keping
(F) 100g santan

garam sesuka hati korang.


Cara-Cara:

1. Tumis (A), (B) ngan (C) sampai naik bau guna api sederhana
2. Tambah santan, biar mendidih. Taruk air kalau nak
3. Tambah (D) dan (E)
4. Taruk garam.
5. Tunggu sampai mendidih. 



Hee.. Siap!!! Hehe. Sekejap je kan? Selamat mencuba!!



Tuesday, May 24, 2011

Emotional. Again.

Somehow, being sad and emotional makes it better to just express it in English. Maybe this is just a feeling, but I feel that the negativity in me are more exposed.

Here I am, cold and miserable, sitting nest to the dysfunctional heater that seems to have seen better days, trying to finish my FEDU ASSignments.. Which of course, looking at the current mood I'm in at the moment, proved to be a futile attempt.



seriously in need of a shrink.

Monday, May 23, 2011

Sizzling Yee Mee

Semalam teringin gila nak makan ni. Barang2 sume dah ade. Ape lagi. Masak!!

Sizzling Yee Mee.

5 ulas bawang putih
5 cendawan shitake (aku tak gune, tak suke cendawan)
1 keping dada ayam, dipotong sesuke hati korang
3 biji cili kering, potong separuh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair (kicap kipas udang pun boleh)
1 sudu besar kicap pekat (ada satu kicap dr indon yg pekat)
1/2 inchi halia dihiris nipis
serbuk lada
garap secukup rasa
beberapa titik minyak bijan (lau takyah pun takpe)
1 sudu besar tepung jagung, bancuh ngan sket air
minyak untuk menumis.

Cara2.

1. Tumis bawang putih, cili kering ngan halia smpai naek bau.
2. Masukkan ayam dan goreng sampai empuk.
3. Masuk 2 cawan air
4. Masuk sos tiram, dua2 kicap, serbuk lada dan garam, tunggu sampai mendidih
5. Masuk sayur, tunggu 2-3 min
6. Masuk tepung jagung
7. Titikkan minyak bijan
8. Masukkan mi sanggul(yee mee) dan tunggu smpai masak.


SIAAAPPPP!!!


p/s  aku takde cili kering, aku letak cili powder pon jadi.

pp/s  kisah benar, jangan letak banyak sgt sayur, nanti yee mee rasa sayur.

ppp.s  Aku masak sedap!!!

Sunday, May 22, 2011

New me.

I'm so stressed out yesterday that i cut my hair, like this..



and I coloured my nails red (with inai), like this..




and I hope slowly I can be a new girl.. 



Saturday, May 21, 2011

6.24 am.

Here I am, after my Subuh prayer, sitting and thinking, which is a rare thing for me to do since I always get back to sleep after my prayer. However, since I'm having trouble with my sleep these few days although I managed to get some sleep yesterday, sleep is not the only thing that bothers my mind. Why, do I feel so lonely? I know that part of it is my fault, since I always push people out from my life and everything but did not realize that I'm doing this until there was nobody in my life. Right now there are so much hurt in my heart and in my mind that I really need a place to take cover and heal, but I just don't know who should I turn to. I know my best friends are there for me, but up till this day, no one really knows me. Some would know a chapter from a certain period in my past, some would know the other chapter, and so on. But no one knows the whole book. And it's a hard thing for me to tell it all to a person when I'm not sure whether he/she will be there until I grow old. I want to trust people, but after a few times losing people that I trust, I'm scared to try any more. I'm scared of being vulnerable, even though that is exactly what I am right now.

Vulnerable.

I just want to forget and just be happy with life. No matter what comes and what happened. I just want to be free from worries and pain. I want to laugh and enjoy the sunshine and cry when i watch a sad story and scream if I see something scary. But I can't at the moment. I can't laugh, I can't cry, I can't scream..

Because I'm no longer me.

Friday, May 20, 2011

Aku hanya wanita biasa.

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana
yang siap untuk kau pilih..

Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.

Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,

aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda khadijah,

karenanya ku ingin kau tahu,

aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,

jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,

karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.

Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,

menyiapkan makan untuk kau dan mujahid dn mujahidah kita nanti
–insya’Allah-.

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.

Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan mujahid dn mujahidah kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,

tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga mujahid dn mujahidah kecil kita yang sedang sakit,

dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,

karena kau adalah sumber kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,

menangis dan tak terkawal,

bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,

aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,

dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah,

yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..

Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.

Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,

tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,

karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,

dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Siti Aisyah..

Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,

walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,

agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.

Kulitku yang bersih akan mulai keriput.

Tanganku yang halus akan menjadi kasar..

Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..

Maka jangan pernah berpaling dariku..

Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,

yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,

telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku karena aku bukan puteri..

Aku hanya wanita biasa....

Terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....

Semoga kita bisa sama-sama bahagia...



Thursday, May 19, 2011

Private.

From now on, aku nak buat blog aku private. So to any readers or followers di luar sana yang still nak membaca what I have to say or merepeks di masa hadapan, sila letak email anda. Ini adalah kerana:-

1. Mudah untuk aku bitching.

2. Memudahkan aku untuk tidak terpikir2 sape la yang baca blog aku ni.

3. Nak jadikan blog ni as diari online. Like really a diary.

Wednesday, May 18, 2011

Tidor.

Haish. Entah kenapa mata tak mahu lena. Puas sudah aku dodoikan diri aku dengan muzik mendayu2 sampai habis bateri. Mahu dekat sejam jugakla.. Tapi hasilnya? Aku masih di sini menaip. Damn. Taip assignment takpe jugak. Takpe, mungkin kejap lagi aku rasa ngantuk dan akhirnya tidor. [ceh. bukan nak buat assignment =.=" ]



ade sape2 nak teman aku tak? Heee...

Tuesday, May 17, 2011

CAPOEIRA GIRL



Sumpah korang kena tengok video ni.. Sebab aku akan belajar buat macam dia.. nak jadi se-cool dye!! Ho yeaahhh!!!!


p/s Hampir patah pinggang sebab nak belajar..


Bitch.

Aku memang terasa nak bitching sangat2 ni. Hey kau!!!! Jangan sampai aku cemari blog aku ni dengan kata2 nista. GAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...


Sumpah kecik hati..

ko ingat aku akan jadi camni??


silap. aku buat camni je.


HUH!!



Saturday, May 14, 2011

Nurul Nabilah Ayub.

Ke hadapan kakak..



Terima kasih sebab datang New Zealand, tidur bilik saya, jalan2 dengan saya, teman saya shopping, pilihkan baju cantik untuk saya, gosip ngan saya, buat saya rindu Taiping gila2, share rahsia ngan awak.. Gembira sangat2!! Semalam masa saya hantar kakak balik saya dah kata taknak menangis, tapi naik je dalam bas terus nangis. Tah pape kan. Orang sebelah pandang slack je. Saya macam nak kata je,

"Apa pandang2? Nak kena tumbuk?"

Tapi saya tahu diorang risau je tengok orang menangis sampai hingus pun meleleh2.. Gaaahhh.. Memalukan.. Apape pon, saya seronok sangat 2 minggi ni. Saya minta maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa, saya masak tak sedap ke, saya bawak awak jalan jauh2 ke.. 






Thanks for the memories sister.. Sayang awak sangat2!



Katy Perry 2.

Sorry, lama delay nak bg report pasal ni. Hahahaha. A bit busy dengan Cik Kak Nabilah kita ni.. Hahaha. ALthough seating tak best, I had my fun screaming my head off and singing along with her. Her voice is amazing! Like really AMAZING. I still can't believe I've watch a concrt and Katy Perry is my first concert!!! Whee Hoo!!!!


[Pre-Concert]


*Bajet nak jadi Hana Tajima, sudahnya nampak macam Minah-Arab-Kepala-Bulat-Yang Sesat*


[Concert]





*Kalau korang pandai cari, leh la nampak Katy Perry di celah2 cahaya pelik2 tu. Mahapla, Kamera tak power. Muahahahahhaha*


Apape pon, kegembiraan dan ke-excited-an pergi concert mati bila ak tahu dompet aku hilang di tempat concert. Nasib baek orang di New Zealand ni baek2, maka dapatla dokumen2 penting aku. Cuma kad bas ak je la hilang. Damn.

Tuesday, May 10, 2011

Katy Perry.

Malam ni bakal menjadi sejarah.

Sejarah yang akan terus aku hidupkan sehingga 7 generasi akan datang..





Malam ni aku pergi konsert KATY PERRY!!!! Woot woot!!!!!  :D


Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Mama :)

Ke hadapan mama saya yang saya cinta..

Seperti yang mama tahu, anak mama di sini sihat2 sahaja.. Malah, mungkin terlebih sihat.. Mama tahu kan hari ni hari mama? Ain nak wish selamat hari mama kat mama. Terima kasih sebab selalu sayang Ain tak kira ape. Ain tahu Ain banyak buat mama menangis, buat mama susah hati. Maafkan Ain. Ain takde niat nak buat kat mama begitu. Terima kasih selalu beri tunjuk ajar dan pedoman kat Ain. insyallah, Ain cuba apply kan dalam hidup sebanyak mana yang boleh. Bak kata pepatah, yang baik kita jadikan teladan, yang kureng baik kita jadikan pedoman.. Kan kan kan? Saya sayang mama. Mama, even though sometimes you seems harsh and very strict, deep down, I know you love me. And I want you to know that I love you more too!!


Thank you for everything mama :)


Friday, May 6, 2011

Emptiness can be filling, yet lonesome.

Here lies a poem that pops into my mind at such tiring times.

Whole, yet incomplete.
That is how I feel.
Like a part is missing, 
yet nothing is.
I took myself apart, 
I put back again.
And still, I don't know who I am.


Life is full of ironic.
Sometimes when u're up, u are still down.
No one is perfect,
But we humans still tries to be flawless.
One can't help asking,
"Why emptiness is filling, yet hauntingly lonesome?"
I wish I knew the answer.





Tuesday, May 3, 2011

broke.

Aku sudah broke gila babi. Wishing duit tumbuh atas pokok je skunk ni.


pokok yang kekeringan duit


Sunday, May 1, 2011

Lama gilooo..

Dah berhabuk da blog aku ni. Kalau ade labah2 boleh duduk di dalam blog ak ni nescaya dah terbina la satu perkampungan baru di sini.


Lately shopping sakan. Sampai duit pun sudah cukup2 untuk makan. haish. Apapepon.. HAAAPPPPIINEEEESSSSSS with my books. lol. Ade Twilight, Ade Cecilia Ahern, Ade Lord of The Rings, ade Fallen and banyak lg. Aku memang gila buku. ekekekkekekeke..