Teringat setiap kali ada lecture kat DK @ Dewan Kuliah, mesti ade tendency sama ada nak usyar orang atau nak tidur. Maklumlah, suasana yang kondusif untuk tidur (panas dan takleh fokus). Kat sini la aku rasa karier aku sebagai stalker unggul berputik.
Teringat perang dengan Michael ngan Michele, atau mengamuk2 bila tahi dia bersepah2, atau lari tak hingat dunia bila kena kejar. Sesungguhnya, beruk yang gatal nak mengawan adalah sesuatu yang anda takkan mahu bertembung. EVER. Sedangkan kucing pun kena rogol.. Manusia.. ? *gulp*
Teringat makan kat DS. Bersyukur aku bila tukar tender baru. Marvelous. Menjilat jari. Teringat menu2 dye.. Pagi2 kadang makan bubur.. Toast dengan scrambled eggs.. Mihun goreng.. Mee kari.. Kuih.. hot dogg.. burger.. Nyum3.. Meleleh air liur..
Teringat waktu riadah. Selalu dengar orang bebel2, kenapa nak kena keluar la, hape la. Tapi aku suka waktu riadah. Time tu la aku boleh maen basketball. Time tu la aku boleh letak tepi segala benda yang sarat kat pale otak ni and have fun. Rindu sangat dengan team basketball aku: Nabilah, Fatin, Nash, Yanty, Adik, Putra.. Rindu nak rebut court. Rindu nak gelak2, maen dengan riang, maen dengan trust. Oh, Adik, Putra, maaflah, aku still tak pandai nak buat layup macam kau ajar. Aku awesome defend je, laen tak pandai. ahahahaha.
Teringat cerita hantu. Macam-macam ada. Yang aku tahu, memang isu ponteng prep tak timbul sangat sebab scary gila nak duduk kat dorm.
Teringat nak pergi outing. Kena pusing satu maktab nak cari warden untuk tanda tangan. Pastu issue pulak dengan guard. Hahaha. Kesian Pak Singh tu. Ntah ape jadi ntah.
Aku rindu Taiping. Sumpah. :) Semoga korang berbahagia dengan hidup korang sekarang ni. :)








