Wednesday, August 31, 2011

Double Prosperity

Hari ini hari raya. Hari ini juga hari merdeka. Jom. Kita ramai2 sebut. Raya! Merdeka!


p.s. Ok da. Takde mood nak sambut.


Saturday, August 27, 2011

Kerepek

Aku rindu nak makan kerepek ni!!!




Siapa jumpa tolong belikan untuk aku k :D


My Fellow American


Okeh, lama da tak menulis. Taktahu ape nak tulis. Oh, just nak share ngan korang satu link yang aku jumpa masa tengah trolling dekat youtube nak carik video pasal raya. Al-maklumla.. Mode tengah sedih dan pilu. Aku jumpa satu video ni yang menegakkan hak orang muslim di amerika sebagai salah satu rakyatnya dan menentang sebarang diskriminasi yang berlaku. Hahaha. Aku teruja gila. Sila tengok ye. 





Dekat situ ade juga diselitkan link (www.myfellowamerican.us) ke website mereka di mana ade satu organisasi ni yang mengumpul pledges untuk menyuarakan suara-suara mereka yang didiskriminasi ni. Sangat awesome.

Sila lah kunjungi dan support :)



Thursday, August 25, 2011

What's happening?

*Update*

Aku tengah cuti midsem, tapi tak rasa macam cuti. BUSY GILA nak mampus. GAAAHHHHHH... Doakan la aku dapat buat assignment aku dengan hati tenang.


Saturday, August 20, 2011

eh eh.. raya!

Ha.. Mari mari mari.. Rapat-rapat.. Abah Mak Abang Kakak Adik Tok Nek Tok Ayah sume! Dengo sini ambo nak ngoyak kat kawe ni. Ado satu brita gah nak gitau ni.

KAD RAYA NZ FOR GIVEAWAY!!!


*abaikan harga tu. apparently, si penganjur dapat rege lain*

Okla, to tell you the truth, bukan I yang buat contest ni. It's my friend, Addy yang buat contest ni. Hahaha. Mesti korang tertanya2 kan kenapa aku tak masuk. Kisah dia amatlah sedih. T__T Aku kena ban dari masuk contest ni sebab aku blogger dan aku diperlukan untuk menjadi agent publisiti. Pastu dye kata suh beli sendiri. Kejam! Nak jugak menang! Sobsob. >_<

Anyway, sebab aku budak baik, maka aku tolong la dye pomot. (Addy: Ko kena belanja aku nanti. Tak kira!)


Okeh, cukup membebel. Macam mana nak join contest ni?

Ha... Mula2.. 

  1. Follow blog dia. Boleh la klik kat nama dia kat atas ataupun klik di sini je.
  2. Buat entri pasal contest ni kat blog korang. Ha, ni la masanya korang nak bodek Addy tu sampai tahap cipan Malaya. 
  3. Link kan entry dia berkenaan contest tu dekat blog korang. Ha, amek ni link http://kisah-adriad.blogspot.com/2011/08/new-zealand-eid-cards-give-away-to.html
  4. Lepas tu tinggalkan link entry kome dekat kotak komen dekat blog dye


Macam tu la.. Okeh, da penat da bebel. Klik di sini untuk berita penuh.

GOOD LUCCKKKKK!!






Friday, August 19, 2011

Terbang solo

Aku rasa macam nak terbang sendiri.



Mungkin hati aku akan lebih tenang?

Monday, August 15, 2011

Siwon & B2st

Aku mimpi best. Pelik, tak terjangka tapi tetap best. Ngeh2. Mungkin korang da bleh agak?

Aku mimpi SIWON! da B2st!!! WARGHHHH!!!


*comel kan? comel kan?*

Trust me, aku takde pernah nak minat kat dia ni. Aku lagi minat Han Kyung dalam Superjunior


*KYAAAA!*

Ataupun TOP


*hidung berdarah*

Dan Edison Chen


*pengsan*

Tapi bayangkan, aku mimpi Siwon.. Dan dalam mimpi tu Siwon kata "I love you" kat aku. Aha. *Blush*
Siwon masa tu masuk group B2st and diorang ade buat performance so aku datangla nak tgok sebab aku ngah cari hadiah untuk Jijie.



Hehehehhee. Bahagia je mimpi~ Dah tu pulak, terbangun dari tidur tu Jijie tepon. Ngeh3.. Memang best..


Snow! :D

Semalam ade hujan ais. Seronok tapi tak mampu nak buat aku cukup teruja untuk melompat2 ke sini dan ke sana. Tapi tetap seronok. Tidur pun kesejukan je, bangun apatah lagi. Rasa macam nak jadi kura2 je nak selubung dalam selimut. Muahahha. Hampir ponteng kelas tapi mengenangkan aku datang sini belajar pakai duit rakyat, tak mahu la aku mensia2kan..

Anyway, hari ni baru kaw2 punya snow. Memang mantap gila, rasa macam duduk dalam snow globe dah. Masa mula2 snow tu, aku dalam tutorial. Setelah tutor aku mendapati bahawa anak murid dia langsung tak amek port dekat apa dia cakap dan asyik pandang luar, maka setelah dipujuk rayu, dia bagi kitorang keluar main snow 5 minit. Ahahaha. 5 minit yang amat berharga owh!!!!

Aku tepon la mama ak, nak gitau ke-excited-an aku nampak snow..

Aku : Mama, ada snow hari ni!!
Mama : Ape? Senow? Senow tu ape??
Aku : Ala, mama, snow la.. snowwwww
Mama : Senow? Ooohhhh! Snow!! Banyak ke??
Aku : Alahai mama ni..


Comel je la hai mama aku ni. Gaaahhh.. Rasa cam nak gigit. Apapepon, mama pesan banyak2 suh sapu krim, lotion and segala benda untuk buat kulit tak kering and merekah. Ngeh3. Sayang mama!!





Saturday, August 13, 2011

Poke

Haritu aku lancarkan kempen mengumpul poke. Aku kumpul orang lain poke. Aha. Best. Manage to reach the target iaitu 100 pokes. Terima kasih kepada semua orang yang terlibat!! Korang sangatla pemurah nak bagi poke walaupun ade yang blur2 bila aku mintak. Ngeh3.


p/s  Ni antara hobi orang yang dah taktahu nak buat ape ngan facebook. Boleh la mencuba ye.

pp/s Aku da bersara dari perang poke! Harap maaf. Sakit da kena poke. TT__TT


Merepek

Aku tengah makan cream puff sambil meroyan2. Seronok.


*okeh, aku rindu benda alah ni walaupun mahal. sedap kot.*


Pokok yang aku beli haritu da mampus. Agak kecewa sket. Terus fed-up nak bela pape. Nak jaga pokok pun tak mampu, cmne nak jaga ikan@hamster@suami? Anyway, nak merepek2 kejap. Aku tido lately macam tah hape-hape je. Lena tapi bila bangun tido rasa macam tak tido je. STRESSS. TT_TT

Oh, gambar aku kuar lagi dalam paper. Ho yeah, aku memang suka chapub. Wawawawa.

Rambut makin lembut. Al-maklumla.. pakai conditioner palmolive skunk ni.. Best! Wangi tak hengat duniaaaaaa...


*nanti bila aku nye shampoo da habis aku beli shampoo ni pulak. ngeh3.*


okla. Dah taknak bebel da. babai.


Sunday, August 7, 2011

Mode awesome!

Aha! Muka baru kuar paper da rasa cam nak melompat je. hehe. Bagi sesiapa yang nak tengok salam perantauan aku, sila lah ke link di bawah ini.


Saturday, August 6, 2011

Snow di Wellington


aha. Mungkinkah ini realiti?

Snow di Wellington?

To those warga Wellington, jangan risau kalau korang takde nampak snow kat luar tingkap korang pagi ni. Bukan sebab korang rabun ke hape. Ataupun bangun lambat. Tidak tidak tidak. Aha. Sebab snow ada dekat harbour je pagi tadi. Snow nak maen ngan kitorang je, takmau datang kat korang (nada poyo! Aha!)

Anyway I had fun playing with it! Alhamdulillah, tercapai jugak cita2 aku untuk maen walaupun hanya separuh je cita2 itu dikabulkan. terima kasih kawan2!



Monday, August 1, 2011

Mak mak...

Terdengar akak sorang ni panggil mak dye dekat supermarket

"Mak mak.."

Rindu gila dekat mama..