Sakitnya mataku. Di mana aku sekarang ini? Syurgakah ini? Aku kebil-kebilkan mata, cuba untuk mengurangkan kesan cahaya matahari yang panas menusuk mataku. Sudah berapa lama aku terdampar di sini? Aku sendiri tidak tahu. Aduh! Sakit tubuhku. Apa sudah berlaku? Kenapa aku di sini? Kenapa badan ku seperti mahu patah? Kenapa?
Persoalan demi persoalan berkumpul dan berlegar-legar di ruangan pemikiranku. Aku cuba gagahkan diri bangun. Aku lihat keadaan sekeliling, cuba untuk mengenal pasti kedudukan ku. Ah! Aku masih di tempat tadi, di tepi peti sejuk. Bagaimana aku boleh terjelepok di sini? Adakah kakiku sudah bertukar menjadi jelly? Aku tunduk untuk periksa kaki ku. Masih kaki aku. Masih berdaging. Bukan jelly. Ku meraba kepala ku. Sama, masih juga kepala aku. Kemudian baru aku teringat. Makanan aku! Ku lihat lantai. Ah, masih ada lagi. Bagus! Pantas ku mengangkat dan ku berlari pergi. Ku tahu di situ ramai makhluk yang tidak peduli atau tidak perasan kewujudan aku. Aku dapat agak punca aku pengsan tadi angkara mereka! Lebih baik aku lari dulu!
* * *
Aku tengok je semut tu. Tadi terpijak dye. Kesian. Sowi la. tak nampak. ko kecik sangat. takpe2. ni aku abadikan satu cite merepek untuk ko k? semoga ko selamat dan sihat walafiat. lau ko kena bayar bil doktor, ko claim ngan aku taw. ak bg sebalang gula dekat ko. ak rela. percaya la.

