Wednesday, January 12, 2011

Nota untuk mama.


Mama,

Maafkan anakanda mu ini. Kerana tak mampu untuk sentiasa menggembirakan hatimu. Bukan anakmu tak cuba. Bukan anakmu tak berusaha. Ketahuilah yang anak mu ini sentiasa mencari pengiktirafanmu, mencuba untuk menapak ke arah alam kedewasaan tanpa ingin menyusahkan dan memberatkan hati mu wahai mama..

Mama,

Anak mu ini dambakan kasih sayang mu. Tiap kali anakmu ingin mendekati mu, mama seperti ingin jauh dari anakmu ini. Maafkan anakmu ini, kadang2 dia lupa yang mama juga penat membanting tulang mencari rezeki untuk mengisi perut keempat2 orang anakmu ini. Jadi bila mama menjauhkan diri kerana penat dan tidak mahu diganggu, anak mu ini berkecil hati. Dia rindukan mamanya..

Mama,

Anakmu ini semakin melonjak ke arah kedewasaan. Hatinya masih berdarah panas, muda remaja. Anakmu ini inginkan juga rakan2 di sekeliling, inginkan keseronokkan, inginkan kegembiraan. Seperti nama yang mama berikan pada anakmu yang bermaksud Cahaya Riang Gembira, anakmu ingin sentiasa gembira. Namun bila mama terlalu berpegang erat kepada sayap anakmu ini, hati anakmu ini dibayang kekecewaan kerana tak mampu terbang jauh. Bagaimana dia mahu terbang untuk mencari pengalaman? Bagaimana anakmu ini mahu belajar dari kesilapan andai tiada ruang untuk anakmu melakukan kesilapan?

Mama,

Jangan salah faham andai anakmu ingin berdikari, ingin terbang bebas. Tidak bermakna anakmu ini akan melupakan mamanya. Tidak bererti anakmu ini ingin melupakan ajaran mama. Benar, kadangkala anakmu ini tersasar dari landasan yang telah mama tetapkan. Anakmu ini bersyukur yang mama ada di sisi nya untuk menarik balik anaknya ke jalan yang benar, tapi janganlah kerana kesilapan2 itu mama hendak ikatkan kaki anakmu supaya tidak akan tersasar lagi dari jalan yang benar... Jangan begitu mama..

Mama, 

Anakmu ini tahu mama sayangkan nya, meskipun kadang2 layananmu tak menunjukkan mama sayang benar pada anak gadismu ini. Anakmu tahu mamanya cintakannya, mamanya tak mahu anaknya tersilap langkah, tak mahu anaknya dilukai, tak mahu anaknya menangis... Anakmu tahu mama sentiasa risaukannya.. Kerana cintamu itu, hati mama sering terluka apabila anakmu ini tidak tunduk pada arahan mu, tidak akur pada perintah mu, tidak patuh pada kata2mu.. Mama.. anakmu ini memohon keampunan dari mu.. Anakmu ini bukannya tidak sayangkan mu mama, bukannya tidak cintakan mu.. cuma mahu mama mengerti.. Anakmu ini sentiasa mencari pengiktirafan mu.. sentiasa mencari belaian kasih mu..

Mama..

Ain sayang mama sangat2.. Maafkan ain kerana banyak lukakan hati mama.. :( Tapi ketahuilah, hati anakmu ini juga banyak terluka.. 


Terima kasih mama.. untuk segalanya...





Tuesday, January 11, 2011

Observation.

Muahahaha. best2.. Harini sangat2 best. penoh dengan perkara2 yang sangat seronok. Kuar gi makan, maen game, gossiping.. Hahahahha. Adeyh..

Observation was quite good. Except for my voice and my running nose and the aching cough. Ouch.

Read some advice from the senior about what to prepare for new zealand. Kinda spook me off to know that i havent really prepare anything. Gaaahhhhh....

Ok, nak sambung tengok Karate Kids yang da diulang tayang entah berapa kali entah. :(

Monday, January 10, 2011

Teaching.

Esok saya akan mengajar.. Or dengan lebih tepatnya memerhatikan orang mengajar..



Tak sabar! :D

Sunday, January 9, 2011

Pregnant.

Aaaa... I'm in the state of fear and ridiculous paranoid right now. Aku mimpi aku mengandung, bersalin dan menyusukan anak. Gila kan? Dan masalahnya, aku sayang anak tu. Aku tengok analisa-analisa mimpi di internet [mak aku pernah cakap mimpi pasal bayi ni maknanya kena ganggu syaitan], apa diorang cakap sama macam mama aku cakap. Aku kena kacau.





"Bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami masalah gangguan saka, di antara tanda-tanda atau simptom-simptomnya adalah :
1) Mimpi bayi atau menyusukan bayi (bagi perempuan)
2) Mimpi mengandung dan bersalin (bagi perempuan)
3) Mimpi jatuh dari tempat tinggi atau berada di tempat tinggi
4) Mimpi melihat haiwan seperti ular, anjing, unta, tikus, serigala, kucing dan sebagainya.
5) Kedengaran bunyi gigi berlaga ketika tidur.
6) Menangis, ketawa atau menjerit-jerit ketika tidur.
7) Berdiri dan berjalan ketika tidur.
8.) Mimpi berada di tempat sunyi.
9) Mimpi berada di kawasan perkuburan atau tempat kotor.
10) Mimpi buruk dan menyeramkan seperti melihat sesuatu yang mengancam diri atau makhluk yang menggerunkan. Namun adakalanya, insan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebiasaannya mimpi itu berlaku dalam keadaan ‘kena tindih’. Adakalanya orang berkenaan tersedar dalam keadaan cemas dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, bertakbir atau sebagainya.
11) Kerap rasa berdebar-debar.
12) Resah dan gelisah sehingga takut dan cemas berjumpa orang ramai termasuklah kaum keluarga. Ada juga kes sehingga pesakit berkenaan takut untuk menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah serta menghadiri majlis keramaian seperti kenduri-kendara.
13) Sering rasa seperti hendak mati.
14) Suka bersendirian dan mengasingkan diri.
15) Menghadapi masalah skizofrenia.
16) Mengalami masalah istihadah atau kitaran haid yang tidak normal (di kalangan perempuan).
17) Mengalami penyakit kanser, fibroid atau mempunyai ketumbuhan dalam badan.
18) Mengalami penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit keturunan seperti gout, kencing manis, darah tinggi dll.
19) Kesakitan pada anggota badan terutamanya tulang belakang, belikat.
20) Mengalami masalah zuriat.
21) Cepat panas baran.
22) Susur-galur keturunan ada yang menjadi bomoh, pawang, bomoh patah, tukang urut, atau mak andam.
23) Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain.
24) Kesan lebam pada anggota badan. Ada tanda . . @ ∴ pada bahagian yang lebam @ pada tubuh badan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak semestinya seseorang yang mengalami simptom-simptom di atas pasti mengalami saka, ia bergantung kepada kombinasi simptom dan susur galur keturunan. Ada kemungkinan mereka yang mengalami simptom di atas diganggu oleh saka milik orang lain (tidak diarahkan tuannya) ataupun disihir (jin belaan yang diarahkan tuannya untuk mengganggu) ataupun jin atau syaitan yang tidak bertuan.




huhuhuu... risau..

Tuesday, January 4, 2011

Budak2.

Da 3 hari aku kat sini. MRSM Alor Gajah. Tempat nun jauh dalam kebun kelapa sawit. Badan ngah rasa tak sihat skunk ni. Kejap panas, kejap sejuk. Aku pun sebenarnya dah naek kompius. Idung ni sakit duk asyik hembus hingus invinsible.

Idea bukan ade sangat ni nak menulis. Tapi disebabkan aku dah lama x menulis, nak taknak kena gak la aku menulis. T berabuk je. Tak elok. HAHAHA.

It's fun over here. Dapat jumpa cikgu lama, kenal kawan baru.. Tadi berpengalaman jap berinteraksi ngan budak2 skola ni.. Not that bad. A bit nervous in the beginning, but it gets better along the way. I'm on my way to  being a better English speaker.

Anyway, gotta sign off now. My head is splitting into too and I'm in need of a good chocolate, company and sleep. Adios