Tuesday, June 14, 2011

Bilikku oh bilikku

Terima kasih Kak Ernie, Kak Sha, Kak Erin, Kak Sarah, Kak Wawa dan akak2 yang laen.. Kerana anda, bila saya yang dah cukup penuh bertambah2 penuh lg.. Hehe. Takpe2.. Saya suke.

Baju, alat tulis, dan ntah pape lagi telah dimasukkan ke dalam inventori saya. hahaha. Saya bahagia. Seharian mengemas bilik, menyusun atur bilik supaya nampak macam bilik dan bukan rumah tinggalan yang 10 tahun takde penghuni.

Bilik saya yang dulu macam ni..



Setelah berevolusi beribu2 kali.. akhirnya jadi camni.. dan buat masa ni, aku bahagia ngan susunan macam ni..



(ni aku tampal kat dinding. aku nak bela ikan, tanam pokok, ade subang, beli boot, dapat markah bagus, dan macam2 lg..)




(ni almari aku skunk. penuh ngn baju. oh, aku beli roller blade. murah. $5 je :D)




(ni workspace aku. dalam bakul putih tu penuh dengan alat tulis)


Now aku da letih. Mahu mandi dan tidur dulu. Selamat malam. 



Saturday, June 11, 2011

Bangun Pagi.

Pagi sepatutnya disinari dengan cahaya matahari yang membawa rezeki dan kegembiraan. Bukan marah, kecewa dan kesedihan. Bukan.


Haish.


My morning which was supposed to bring me good vibes like in this picture




instead looked like this. 




hurmmm



Friday, June 10, 2011

Bosan.

Aku bosan. Aku perlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian aku.

Tulis cerita?

Bosan.

Melukis?

Bosan.

Makan?

Tak bosan tapi kena diet, so takleh makan.

Tido? Bosan. Mata taknak pejam.

Belajar? Hey! Cuti la!!!





aku rindu nak buat benda ni. aku rindu rumah. aku rindu. 



Saturday, June 4, 2011

Terbang.

Aku mimpi semalam. Mimpi terbang. Oh, maaf. Bukan yang jenis mimpi terbang keluar tingkap dan jatuh ke bawah tu. Tidak, tidak, tidak.



[ak amek gambar ni dari luar tingkap aku pagi semalam. Subhanallah.]

Ok, sambung balik pada topik mimpi kita tadi. Aku mimpi aku akan terbang ke Russia. Tapi barang tak pack, and aku maen sembat je ntah apape baju masuk lam beg dan bergegas ke airport. Tengah2 serabut nak cari seat la, nak bagi ticket kat officer airport tu la, baru teringat tak beli adapter lagi. Bayangkan, dalam banyak2 benda yang aku patut teringat bila ak lupa such as parents aku, atau pasport aku, atau bantal busuk aku, aku hanya teringat kat adapter. bengong tak? =.="

 Aku lupa nak bagitahu parents aku yang aku fly. Hahah. siot punya anak. Tapi last2 tak jadi pon fly sebab aku bangun tidur. Hahahha.

Selera Rindu.

Aku dah lama teringin nak makan masakan ni. Mak aku selalu buat, dia amek resepi ni dari Mak Ngah aku pastu dye alter2 ikut sesuke hati dia. Hahahah.. Sedap woo.. Menjilat jari wa cakap sama lu... Kami adik beradik memang akan selalu berebut sebab sedap gilos. Hahaha.


Daging Masak Selera Rindu


[ok, presentation sedikit fail sebab tengah syok2 makan baru teringat yang kena amek gambar untuk letak kat blog. hahahahha]


Bahan-bahan 

err..  300g daging. Lebih pun takpe.
5 sudu besar cili mesin / cili serbuk dibancuh air
1 biji Bawang besar dihiris
2-3 ulas bawang putih dihiris
1 inci asam jawa
minyak untuk tumis
kicap + garam + gula (taruk sesuke dan sesedap hati korang)


Cara-cara

1.  Panaskan kuali dengan minyak untuk menumis. Tumis cili sampai garing. 
2. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih dan gaul rata.
3. Masukkan kicap, garam dan gula. Masukkan asam jawa. 
4. Gaul rata dan rasa. lau tak sedap, buat sampai sedap baru masukkan daging.
5. Kacau selalu agar tak hangit. Tunggu daging empuk.
6. Angkat dan hidang.


Hehe. Maaf. Sukatan banyak yang agak tak accurate. Huhu. Orang yang banyak go with intuition kan, so macam main rasa je. hahah. Rasa-rasa dah cukup pedas, dah la tu. :) apape pun, benda ni serius sedap dan korang kena cuba! Okeh?