Wednesday, September 28, 2011

1001 kenangan...

Teringat setiap kali ada gap antara kelas before cikgu laen masuk, mesti aku berjemur dekat tengah panas.. sebab sejuk sangat pagi2 di taiping..

Teringat setiap kali ada lecture kat DK @ Dewan Kuliah, mesti ade tendency sama ada nak usyar orang atau nak tidur. Maklumlah, suasana yang kondusif untuk tidur (panas dan takleh fokus). Kat sini la aku rasa karier aku sebagai stalker unggul berputik. 

Teringat perang dengan Michael ngan Michele, atau mengamuk2 bila tahi dia bersepah2, atau lari tak hingat dunia bila kena kejar. Sesungguhnya, beruk yang gatal nak mengawan adalah sesuatu yang anda takkan mahu bertembung. EVER. Sedangkan kucing pun kena rogol.. Manusia.. ? *gulp*

Teringat makan kat DS. Bersyukur aku bila tukar tender baru. Marvelous. Menjilat jari. Teringat menu2 dye.. Pagi2 kadang makan bubur.. Toast dengan scrambled eggs.. Mihun goreng.. Mee kari.. Kuih.. hot dogg.. burger.. Nyum3.. Meleleh air liur..

Teringat waktu riadah. Selalu dengar orang bebel2, kenapa nak kena keluar la, hape la. Tapi aku suka waktu riadah. Time tu la aku boleh maen basketball. Time tu la aku boleh letak tepi segala benda yang sarat kat pale otak ni and have fun. Rindu sangat dengan team basketball aku: Nabilah, Fatin, Nash, Yanty, Adik, Putra.. Rindu nak rebut court. Rindu nak gelak2, maen dengan riang, maen dengan trust. Oh, Adik, Putra, maaflah, aku still tak pandai nak buat layup macam kau ajar. Aku awesome defend je, laen tak pandai. ahahahaha.

Teringat cerita hantu. Macam-macam ada. Yang aku tahu, memang isu ponteng prep tak timbul sangat sebab scary gila nak duduk kat dorm.

Teringat nak pergi outing. Kena pusing satu maktab nak cari warden untuk tanda tangan. Pastu issue pulak dengan guard. Hahaha. Kesian Pak Singh tu. Ntah ape jadi ntah.


Aku rindu Taiping. Sumpah. :) Semoga korang berbahagia dengan hidup korang sekarang ni. :)


Tuesday, September 27, 2011

Renungkan lah..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..






Monday, September 19, 2011

Forever alone.



Mungkin aku patut beli benda ni. 



Mangsa Emosi.

Aku memang lemah dalam bab ni. Ye betul, aku boleh jadi kuat, atau berpura2 kuat agar orang tak putus harapan pada aku. Mungkin sebab aku tahu apa perasaan nya bila orang hilang kepercayaan dan putus harapan pada aku, jadi aku kalau boleh taknak lagi benda tu berlaku pada aku.

Tapi bila sampai bab kenangan.. Aduh. Aku gagal mengawal emosi.

Gagal.


*Damn, kalau bleh jadi secomel benda ni bila fail takpe*


Orang kata memori dan kenangan mendewasakan kita. Well itu kalau you can get over it. What if you are still hanging on to it, macam aku ni ha? Aku nak buat ape?

Mungkin aku patut campak diari ni dalam laut. Biar ikan2 di lautan makan dan berak atas diari ni. Selagi ada diari ni, selagi tu tak tenang hidup aku. (Ceh, salahkan diari). Aku rasa kalau ada option brainwash, aku mesti dah amek. Aku nak scrub kenangan tu dari otak aku, biar aku tak perlu menangis, menitik air mata, teresak2 disebabkan kenangan ini. 


p.s.  Aku rindu menjadi yang paling teristimewa dalam hidup seseorang. Rindu sangat2 untuk orang buat aku rasa macam aku one in the million. Aku penat dah dengan ayat "satu hari nanti.." tapi itu je lah apa yang aku bleh pegang buat masa ni.. :(


Saturday, September 17, 2011

Aish.

Betul ke aku nak buat 30 days challenge ni? Haish. Macam tak mampu je. Bukan tak mampu nak tulis ke ape. Tak mampu nak TAK tulis banyak2. Tapi topik sangat restricting. Gaahhh... Baeklah. Abaikan je la 30 days challenge tu. Kalau aku tulis, untunglaa.. Kalau tak tulis, nasibla.. Kan?

Aritu nampak kat wall kawan aku, adik angkat dye punya lah seronok dapat parcel dari kawan aku ni. So cam berfikir kejap..

Abang angkat? Kakak angkat? Adik angkat?

Aku ada la adik angkat sorang ni. Faris. Lepas dia dapat awek baru and very 'mushy-mushy' ngan awek baru dye, aku dah jadi malas nak borak ngan dye. I know,bunyi sedikit kejam kat situ, tapi aku akui, aku rasa malas nak kacau. Takde hati nak stalk dah. maaflah adik. Akak rasa akak dah tak penting dalam hidup kau.


Semoga berbahagia ye adik. :)

Anyway, aku ada ke tak abang angkat? Dulu la. Time zaman banyak masalah. Tapi abang angkat aku jenis tak boleh pakai. So aku lama2 angkat kaki and chow. Kakak angkat aku pulak sepi tanpa khabar berita. Aish. Kenangan. Now? Lebih baek aku berpegang teguh pada hubungan kandung antara aku ngan adik beradik aku dari aku melebih2 sangat fokus pada yang angkat2 ni.


p.s.   hati masih inginkan seorang abang. Takpelah. Mungkin dapat time kawen nanti kot. Insyallah. Tu pun kalau kawen. Kan kan?