bosan
mata seperti enggan melabuhkan tirainya dari terus terbuka walaupun otak sudah menjerit," shut down!! shut down!!". satu keluhan yang entah keberapa kali dihembuskan. malam in hening. malam jumaat. aku dengar anjing sebelah asrama menyalak2. aiseyh. tetibe bunyi alarm kereta. aish. ni dah kes pelik dah ni. kereta apa pulak kat aras 3 tengah2 malam ni? terlintas perasaan cuak dalam hati. adoiyai, terlupe plak bilik aishah tengah buat movie marathon dalam bilik dia. pelik jugak lepas bunyi alarm ada bunyi tembak2. hahahaha.
nak dilayankan cerita charmed, mata akan secara automatiknya rasa mengantok. sejurus lepas aku click butang close pandai pulak mata ni nak terbukak macam mulut buaya. ish3. nasib baek la ade sorg budak ym ni mau teman aku. kalau takde shafiq tu, memang mati kutu dah aku. maceh ye shafiq.
esok ade majlis restu. rasa malas nak pergi. rindu untuk bergolek2 di dalam selimut sampai hilang rasa sejuk malam. esok aku balik rumah. aku rindu keluarga aku, tapi kalau aku xnak balik rumah boleh? huk3. jangan disoal kenapa kerana aku sendiri tak mampu nak jawab.
kembali kepada persoalan kite:
apa yang aku merepek kul 2.20 pagi ni??????
hahahaha.. mencari tujuan hidup kot.. aku cube call kawan2 aku. takde sorg pun angkat. hampeh. saat aku kebosanan la xde org nk angkat kol. saat aku nak tidur sibuk je nak kacau. huh!
teringat si dia. aku tahu lau aku tepon di mesti dia akan angkat. tak pernah dia tak angkat walau berapa juta kali pun kitorg dah ckap yang kitorang takkan hubungi antara satu sama lain. hurm. takpelah. aku taknak gangu dye lagi walaupun aku tersangat2lah rindukan dye.. sabar.. sabar..
bak kata anis sahabat karib aku,"LUPAKAN MR X!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
huhu. amaran keras dari seorang sahabat yang risaukan sahabatnya yang baru putus cinta.
terima kasih anis
k lah.. nak pergi mencari hobi baru plak. papai
No comments:
Post a Comment