Dengan semangat aku melihat gambar tu [aku dulu pernah minat senior tu. hehe. dye comel :D]. Bila tekan next, dan next, dan next.. Banyak gila pic2 time kat MRSM Pasir Salak, sekolah lama aku. Bertambah semangat la nk usyar, kot2 ada gambar ak kan yang terselit celah mana2 ke. hehe. tapi satu pun tak jumpa. Takpelah. I still had my fun sebab menggelakkan kawan2 yang muke time tu muke jambu gile.
[antara gambar2 yang wat ak tersenyum tgok muke innocent diorg. hahahahahahhaha]
Time aku form 2, ak banyak touching sket. Roommate aku ade 3, bile dyeorg borak pasal ak mesti aku touching. Nangis sorang2. hahaha. Macam ape je. =.=" Then aku masuk kelas 2D. Cuak gila. Sumer tgok aku semcam je. Aku pun amek tempat kat blakang skali, sblah sorang budak baru gak. Nama dia Intan Suhaila. Instantly aku jadi rapat ngan dia. :)
ni la is! :)
[geng aku sampai sekarang. HAXIMA]
Disebabkan aku gila kuasa, aku try rebut jawatan bebanyak. MUAHAHAHAHAHHA.. Aku jadi naib presiden koop, perpustakawan, ingat nak amek BWP tp cam bercita2 tinggi sangat la pulak. ekekeke.. Walaupun schedule busy, tapi rasa mcam sangat seronok duduk kat PS.
Teringat waktu outing. Dulu outing kat Kampung Gajah je. Lau nak seronok lebih sket, pergi dkat Teluk Intan. Tp tu time banyak duit and banyak masa la. lau tak gi yang dekat2 ni je la. time tu paling feymes is Pasar Raya Halida. Aku nak letak gambar pun takde sbb kedai ni dah pindah gi Sri Iskandar. Tapi aku kompem, salakians akan ingat tempat ni as tempat yang orang selalu gi shopping. Cari barang untuk pasr malam ke, jamuan ke, stok brg2 sendiri ke, semua cari kat sini.
Then masa aku f2 ke f3 ntah, timbul isu hantu. aku rasa f3 kot. Hantu pompuan. Agak scary. budak2 kena histeria and everything. Ada pulak kes bekalan air and elektrik takde and satu sekolah cuti seminggu. heaven gila.
Teringat gak kat Dewan Selera kat PS. Masa aku f2, tender yang jaga dewan makan tu SUCKS gila. Ayam tak masak la, ada ulat dalam sayur la, hape la. Telur goreng pulak, macam kertas je tebal dia. Daging keras and tak sedap. Pernah satu hari tu, budak2 buat protes, diorang lambak makanan atas meja. Agak membazir tapi lau da xleh nak makan nak wat cmne. Last2 tukar tender. Pergh. Heaven. daging empuk. masak sedap. buah best. Ayam besar. bahagia sekejap.
Ada banyak lagi kenangan aku ngan PS. Time aku kat sna ada ura2 yang bangunan asrama perempuan tu nak roboh, tapi smpai skunk aku tak dengar apape berita, so ak rasa still berdiri tegak [atau mungkin senget sedikit] la kot asrama tu.
"Eventhough the beds are hard, the food sucks, the toilet tersumbat, bangunan macam haunted, cracks here and there..... MRSM Pasir Salak will still be the place where I first learn about the value of true friendships. :)"
[MRSM PS time aku dulu]




5 comments:
seriously ps sekarang dah laen? wah.
aisehh dear..ase cm nak nanges baca post u...teringat all the moments there..first place where we learn the meaning of survival and maturity..:)the first place we found the meaning of true and pure friendship...:) n i do mish u alot babe..
hihihihihi. banyak benda aku x ingat. btw love you for always.
omg.omg.rndu glew kot bace post ney.aps tu lagu background nk cam tu pulak.mahu meleh jek rase :(
salakianzz! <3
Post a Comment