Mama,
Maafkan anakanda mu ini. Kerana tak mampu untuk sentiasa menggembirakan hatimu. Bukan anakmu tak cuba. Bukan anakmu tak berusaha. Ketahuilah yang anak mu ini sentiasa mencari pengiktirafanmu, mencuba untuk menapak ke arah alam kedewasaan tanpa ingin menyusahkan dan memberatkan hati mu wahai mama..
Mama,
Anak mu ini dambakan kasih sayang mu. Tiap kali anakmu ingin mendekati mu, mama seperti ingin jauh dari anakmu ini. Maafkan anakmu ini, kadang2 dia lupa yang mama juga penat membanting tulang mencari rezeki untuk mengisi perut keempat2 orang anakmu ini. Jadi bila mama menjauhkan diri kerana penat dan tidak mahu diganggu, anak mu ini berkecil hati. Dia rindukan mamanya..
Mama,
Anakmu ini semakin melonjak ke arah kedewasaan. Hatinya masih berdarah panas, muda remaja. Anakmu ini inginkan juga rakan2 di sekeliling, inginkan keseronokkan, inginkan kegembiraan. Seperti nama yang mama berikan pada anakmu yang bermaksud Cahaya Riang Gembira, anakmu ingin sentiasa gembira. Namun bila mama terlalu berpegang erat kepada sayap anakmu ini, hati anakmu ini dibayang kekecewaan kerana tak mampu terbang jauh. Bagaimana dia mahu terbang untuk mencari pengalaman? Bagaimana anakmu ini mahu belajar dari kesilapan andai tiada ruang untuk anakmu melakukan kesilapan?
Mama,
Jangan salah faham andai anakmu ingin berdikari, ingin terbang bebas. Tidak bermakna anakmu ini akan melupakan mamanya. Tidak bererti anakmu ini ingin melupakan ajaran mama. Benar, kadangkala anakmu ini tersasar dari landasan yang telah mama tetapkan. Anakmu ini bersyukur yang mama ada di sisi nya untuk menarik balik anaknya ke jalan yang benar, tapi janganlah kerana kesilapan2 itu mama hendak ikatkan kaki anakmu supaya tidak akan tersasar lagi dari jalan yang benar... Jangan begitu mama..
Mama,
Anakmu ini tahu mama sayangkan nya, meskipun kadang2 layananmu tak menunjukkan mama sayang benar pada anak gadismu ini. Anakmu tahu mamanya cintakannya, mamanya tak mahu anaknya tersilap langkah, tak mahu anaknya dilukai, tak mahu anaknya menangis... Anakmu tahu mama sentiasa risaukannya.. Kerana cintamu itu, hati mama sering terluka apabila anakmu ini tidak tunduk pada arahan mu, tidak akur pada perintah mu, tidak patuh pada kata2mu.. Mama.. anakmu ini memohon keampunan dari mu.. Anakmu ini bukannya tidak sayangkan mu mama, bukannya tidak cintakan mu.. cuma mahu mama mengerti.. Anakmu ini sentiasa mencari pengiktirafan mu.. sentiasa mencari belaian kasih mu..
Mama..
Ain sayang mama sangat2.. Maafkan ain kerana banyak lukakan hati mama.. :( Tapi ketahuilah, hati anakmu ini juga banyak terluka..
Terima kasih mama.. untuk segalanya...

2 comments:
thats soo sweet.... but really? ur mom doesn't let u fly?? like seriously??
=.=" Fly not as in the literary meaning, but as in the figuratively speaking.
Post a Comment