Wednesday, March 9, 2011

Mabok.

Muahahaha. Semalam best gila kentang!!! Balik umah lewat gila.. Sampai2 umah je rasa nak muntah.. In fact da sampai ke tekak da muntah tu.. Tapi tak muntah pun.. Ternyata isi dalam perot ni saja nak buat gimik nak suh balik cepat. Pening gila. Semalam pun tido awal sebab pening. Tak mandi pon.

Eh.

Eh eh.

Korang jangan salah paham. Aku tak mabuk todi ye, harap maaf. Masih ade iman dalam dada ni.


Habis tu mabok ape? Mesti korang curious kan?


Hehehe.  Mabok bas.

Semalam seharian naek bas. Pergi mencari baju untuk winter la konon. So beli la tiket bas yang boleh allow 3-4 org pergi berjalan ke mana2 saja naek bas hanya dengan harga $20. Hehe. banyak gila baju2 murah yang cantik... Nasib baek takde saiz.. Lau tak kompem da rembat. ekekeke. Tapi banyak jugak la dapat hasil..

1 sweater, 1 coat tebal, 1 leather jacket, 1 dress, ngan 1 inner.  sume berharga $45 sahaja. which is dirt cheap.

Alang2 tiket tu boleh guna 1 hari, hah.. Ape lagi, berjalan la (atau bahasa bestnye, "Joy riding") Pakcik bas tu sampai pelik tengok kitorang tak turun2, sebab tinggal kitorang berempat je dekat last station. Hehehe. masing2 da berkata,

"Kalau lah pakcik ni taknak hantar balik, kita tepon kak Jenny suh selamatkan kita"

Ekeke. Tapi ternyata pakcik bas tu sangat baek. Dia bawak kami gi joy riding sampai la habis shift dye. Time tu ntah mana2 dah kitorg ni. Memang lau pakcik tu tinggal kitorang kat situ, 3 hari 3 malam gak la baru nak smpai umah. (okeh, itu adalah exaggeration)

Pakcik bas tu bawak kitorg gi stesen bas yang leh dapat bas yang pergi bandar, pastu dia roger bas belakang suh amek kitorang. Memang rasa cam VIP la time tu. ekekeke. Laen kali, mahu buat lagi la macam ni. Sebab sangat indah pemandangan waktu malam :)



p/s  Drebar bas ni, disebabkan kami memuji driving skills dye, mulalah dye memandu seperti drebar F1 di jalan yang berliku2 dan berbukit (which involves many sudden breaks and pit stops). Tu yang mabok tu. Mujur tak muntah. =.="

No comments: