Saturday, May 28, 2011

Caramel

Hari ni entah ape angin aku, aku mengada nak masak 2 benda sekaligus. Caramel dan Pau Goreng. Teringin nak makan Caramel. Dah lama tak buat. Tapi disebabkan takde periuk kukus, so tak terpikir lak nak buat. Mujur ada resipi untuk orang yang hanya ada microwave macam aku ni ha.

Since hari tu dah masak lauk2 macam Rendang ayam dengan Masak lemak udang, hari ni buat benda2 yang boleh dimakan semasa tea time! Heheheheh


Caramel  (guna microwave je)




Bahan-bahan

(Untuk Caramel)
1 cawan gula
1/4 cawan air

(Untuk Custard)
1 liter susu
8 biji telur
8 sudu besar gula
1/4 sudu teh vanilla essence


Cara-cara

(Untuk caramel)

1. Campurkan gula dengan air. Ada dua cara nak buat ni. (A) Masukkan ke dalam microwave selama 8-9 minit di bawah setting HIGH atau (B) Panaskan di atas api sehingga cair semua gula dan menjadi kekuning-kuningan. Secara jujur aku lagi suka guna cara (B). Comfirm jadi. Tapi hati-hati!! Takut hangit nanti pahit gula tu. 

2. Tuang di dalam bekas yang diingini. Pastikan bekas tu boleh diginuakan dalam microwave. Kalau pecah tak tahu. 


(Untuk custard)

1. Panaskan susu + vanilla essence + gula sehingga suam. Di bekas yang lain pukul telur sehingga sebati. Jangan sampai telur tu kembang. Campurkan kedua2 bahan dan adunkan sehingga sebati. 

2. Tuang ke atas caramel yang telah siap dicurah ke atas bekas. Tutup bekas dengan cling wrap atau plastic yang guna untuk balut makanan tu, dan masukkan ke dalam microwave selama 30 minit di bawah setting MEDIUM (60%-80%). Periksa dari semasa ke semasa untuk memastikan caramel tak hangit. 

3. Keluarkan dan biarkan sejuk. Kemudian simpan di dalam peti ais selama semalaman. Esok, boleh la terbalikkan masuk ke dalam bekas yang laen dan hidang!! 



[caramel yang telah dibedah!]


p/s   kalau susu tu panas sgat, nanti caramel lubang2 tak cantik :D



No comments: