Saturday, July 23, 2011

8G pada lelaki yang perempuan tak suka

Aku terjumpa satu artikel ni. Dia cerita pasal ciri2 ape yang perempuan tak suka ada pada laki. So ni la dye list ciri2 tu. Para lelaki; Sila ambil iktibar ye.


Garang



Perempuan tak suka garang2 ni. Garang ni macam contoh kalau perempuan tu buat kopi rasa tak macam yang kat Starbucks tu, mula la nak menengking, komen2, herdik2, yang up sikit tu baling cawan ke. Penat bini tu buat kopi untuk laki, sekali laki marah2 sebab rasa tak sedap macam kat Starbucks tu. Tapi kalau perempuan tu memang buat kopi tak sedap, memang patut la pon kena marah. Suami pun takut nak minum, takut racun. 

Ganas




Ni termasuk la yang macam kat atas tu. Especially yang jenis bila baran tu naek segala tangan, kaki, kerusi, meja, tali pinggang. Aku memang pantang kalau laki yang naek tangan kat perempuan. Laen la kan kalau perempuan tu ada taekwando black belt ke hape ke, boleh defend diri. ni kalau lelaki pukul perempuan yang ayu gila yang bila kena gigit semut macam kena hape je, memang nak kena makan penyepak la kan lelaki tu. 

Gementar




Lelaki macam ni pun aku rasa macam nak kokak je telinga kalau dapat. Lelaki gementar ni yang jenis selalu takut nak buat something. Nak suh tanya jalan kat orang pun susah, sanggup susah payah sesat semata2 taknak tanya orang (okeh, yang ni mungkin ego, tapi aku rasa lelaki jenis ni penyegan sangat. lau aku dapat memang aku tarik dye suh tanya jugak)

Gelabah




Gelabah ni macam buat pape je cepat risau. Ada presentation kat dalam kelas tapi 3 minggu awal dah berjaga sebab risau, takut tak lepas. One word of advice bro: CHILL LA!

Gentleman 0




Gentleman 0 maksudnya tak gentleman langsung. Ha, lelaki macam ni selalunya layan perempuan macam kain buruk sikit. Makan pun nak suh perempuan support. Sekali dua bleh lagi, Tapi kalau tiap2 kali dating pun nak perempuan belanja, agak melampau di situ la. Satu lagi contoh kalau beli barang, si lelaki berlenggang je, yang perempuan ni dah tak nampak mana orangnya sebab kena angkut barang banyak. Kasihani jugak la kami ni, kami bukan Hulk Hogan nak angkat barang banyak2 walaupun kami suka membeli

Gerumal (bahasa kedah = bohong@tipu)




Haaa.... Sikap suka membohong ni TERAMAT-AMAT la tak disukai oleh perempuan. AMAT. Admit je la kat perempuan tu kalau korang dah tak suka dye, toksah duk bagi dye rasa macam korang akan kahwin dan beranak cucu kalau korang takat nak have fun masa muda je. Aku anti sikit dengan orang yang suka bagi harapan palsu. Aku rasa cam nak bunuh je. 

Ganggo keterlaluan




Ganggo keterlaluan ni macam extremis. Pandai sangat la, macho sangatla, buruk perangai sangatla, degil sangatla. Perempuan suka yang sedang2. Baru perempuan rasa dia ni takdela macam loser sangat. Cuba bayangkan kalau korang dapat awek cun gila, sume pun kata ko tak sesuai ngn dia, ko tak sakit hati ke? Kan kan?

Gatal




Lelaki, sila jangan ye gatal2. Kalau da ada pasangan tu, jaga la dia elok2. Takmoh pi cari laen, pi gatal ngn gadis cashier la, makcik cleaner ka, adik waitress ke, toksah. Lau lelaki yang dah kawen tu, toksah la berangan. Lau nak kawen dua, make sure bini nombor satu tahu. Kalau tak, perang dunia ketiga.

2 comments:

caterpillar said...

emm.. emm.. biarla! nnt someone will write about d personality we boys don't like on girls.. ;)

Lily said...

hahhaa. adakah anda terasa jijie?