Monday, November 28, 2011

Penagih Cinta

This time I decided to talk in my own language.

Baru hari tu ada orang buat komen yang menyentapkan segala sanubari aku. Menjadi keping-keping, bak kata Adi Fashla.

"Sejak kenal u ni, 90% cerita u adalah pasal cinta dan lelaki. U ni obses dengan cinta. Jangan jadi penagih cinta, nanti jadi macam kisah tragedi u ngan X."

Aku terkedu.

Aku? Obses? Cinta??

Mungkin. Kalau nak ditengokkan dari blog aku ni pon, korang mesti setuju. Kalau aku tak emo pasal cinta, aku di awang-awangan kerana cinta.

Haish.


Buruk ke baik perkara ni? Aku pun tak tahu. Tapi kalau benar ia menjurus kepada tragedi antara aku dan X, aku lebih rela membenci cinta.


HAHA.

Hipokrit. Aku nak benci cinta?


No comments: