Hati sebal.
Sebal sesangat.
Ada orang tanya, sebal tu apa? Ha adik2. Meh sini. Duduk keliling nenek, biar nenek cerita sebal tu apa.
Sebal tu perasaan buruk. Sebal tu boleh membuatkan seseorang yang ceria bertukar menjadi duka. Sebal juga boleh menjadikan seseorang itu berperasaan seperti mahu menjahanamkan segala harta benda yang dilihatnya.
Ha, bahaya kan sebal ni? Nenek da cakap.
Ada banyak jenis reaksi orang apabila dia berasa sebal. Ada yang memang menjahanamkan harta benda awam, ada yang tak layan perasaan ni dan ada yang senyum di luar, ribut di dalam.
Ha adik2.. Golongan orang yang pertama dan kedua ni boleh dikatakan sebagai golongan orang yang kurang stres. Yang satu sebab dia da lepas, yang kedua sebab dia tak ambil perasaan sebal tu dan bawa ke hati.
Yang ketiga ni.. Adik2 kena jaga2. Ni la golongan2 yang adik2 perlu berhati2. Mereka2 yang dari golongan ketiga ni cukup pandai memakai topeng. Dan mungkin juga golongan yang paling berpotensi dapat darah tinggi.
So adik2.. Anda dari golongan mana?
No comments:
Post a Comment