Saturday, July 24, 2010

melaram~

ahahaha.. seronok bermain "hollywood makeover" di www.instyle.com.. pergilah! i had tonnes of fun, dreaming of being somebody i would like to be.. famous, glamorous.. :D kat sini aku share a few hairstyles yg aku rasa not bad..


*sy kelihatan seperti ashlee simpson sedikit di sini XD*






*mcm mak arab kan?*


*lol. one word. adorable [ok, mungkin sy perasan]*


*mcm baby doll*




*lushious thick hair.. whee~*


haha.. so tuan tuan dan puan puan sekalian.. silalah berkunjung ke website www.instyle.com dan segera mendapatkan potongan2 rambut yang agak cun melecun dengan percuma sementara stok masih ade. :D



*it's free. just register. that is also free

**i make a good sales girl right? lol

*** please tell me which one u like best. i wanna noe

**** n do i look fat?????

Thursday, July 22, 2010

my kurakura..

dah lama kan aku tak tulis dalam blog ni.. [ceh.. br 2-3 hari tak tulis da rasa cam seribu tahun]



relaku menunggumu.. seribu tahun lama lagi... 


erk.. sori2.. da terbiasa.. dengar je keyword mulut automatic nak nyanyi.. hehehehhehe (^_^)v 

so.. updates terbaru? i'm officially kurakura's!!!!! hehehe.. ni nickname yang aku bg kat si dia.. da lama nk tulis pasal dia sebenarnye.. tp kawan2 kata jangan.. lgpon im not really over that guy who dumped me.. so tgh healing hati ni dulu... huhu.. 5 bulan.. lama tu aku single.. some mungkin akan kata 



"alah, 5 bulan je single dah kecoh. aku 5 tahun single x bising pon"



sejak aku mula belajar bercinta, aku tak pernah jadi single lebih dr 1 bulan [ini bukn satu rekod yang membanggakan]..dan hubungan cinta aku tak pernah lebih dari 1 tahun.. ceh.. some would say yang aku ni kaki maen laki la, playgurl la.. heartbreaker la.. whatever la..


katakan sahaja.


aku jenis perempuan yang serius dalam percintaan. kalau aku rasa korang tak dapat nak bagi sepenuhnya, maaf. aku ucap selamat jalan. most of my relationship putus di tgah jalan sbb mereka masih ingat pada kekasih lama. jika aku boleh buang segala memori aku dengan ex2 aku, dan hanya fokuskan pd kau sepenuh jiwa aku, kenapa kau tak boleh? aku adalah aku. jangan samakan aku dengan kekasih lama kau. jangan cuba nak bandingkan langsung. 



sekarang aku tengah cuba memulakan hidup baru. tengah cuba untuk berubah. menjadi yang terbaik untuk kurakura. aku tak sempurna. tiba masa nanti akan aku serlahkan kecacatan aku dan aku mahu lihat riak wajahnya. masih mampukah dia untuk menerima aku dengan kecacatan aku ini? jika benar dia betol2 sayangkan aku dan terima aku seadanya, aku harap dia terima aku. jadi sementara aku tak pasti dengan reaksi dia selepas melihat kecacatan ku, aku akan menjaga hatiku dan cinta ku agar aku tak terlalu kecewa andai dia x dpat terima aku. tp aku harap dia akan selalu di sisi aku.. :)


teringin nak beli kasut baru.. nak beli wedges.. huk3.. tak sabar nk tunggu dapat gaji.. nk shopping puas2!!!!!!!!!!!!!!!!






cantik kan? oh, mama! please, please, please.. saya mahu kasut baru *sob3*


*ok, ak x nangis mcm ni ok*

Monday, July 19, 2010

biar putih tulang, jangan putih mata

aku ingin sekali memaki dan mengutuk memberi komen tentang satu blog yang aku baca..  aku rasa.. cukup.. bagaimana ye harus aku katakan.. haa.. jelik dan jijik. aku nak sangat bagitahu korang tentang ape yang aku baca.. tapi aku taktahu la.. patut kah aku? aku takot aku melampaui batas dalam berkata2...


...
...
...

baru sahaja selesai meluahkan perasaan kepada alau. terima kasih alau kerana mengingatkan aku tentang ape seharusnya yang aku lakukan. aku seorang guru [atau bakal menjadi seorang guru]. tugas aku mendidik. dan itu tugas yang akan aku pikul sehingga akhir hayat aku. dan walaupun ade seribu orang, hatta sejuta insan sekali pun yang datang kepadaku, yang memegang prinsip yang bertentangan dengan aku, yang menghina atau memandang rendah pada pegangan ku.. aku takkan gentar atau mengundur diri. aku akan tetap berdiri teguh di sini, tetap mencuba sedaya upaya untuk melindungi generasi masa depan dari diracuni dengan doktrin-doktrin gila dan falsampah-falsampah yang menggunung. aku bangsa melayu, beragama islam dan berwarganegarakan malysia. semua ini aku cinta. aku sayang.

 ye.

 ade di kalangan melayu yang lupa.

ye.

ada di kalangan islam yang mungkar.

 ye.

 ade di kalangan malaysian yang  khianat.


jadi kenapa kita masih lagi memegang utuh pada kesilapan2 ini? kenapa tidak kita bina sahaja suatu permulaan baru, membuka satu buku baru? kenapa instead of mencari jalan penyelesaian kepada masalah2 yang ade, kite setakat berborak di tepi, mengutuk dan mencaci?


bantulah aku rakan2 ku..

bantu aku.. membina satu generasi yang sayangkan asal usul mereka, yang kenang asal usul mereka, dan yang menghargai asal usul mereka....

Friday, July 16, 2010

jangan jadi macam aku

sedang menaip dari pejabatku.



hari kedua dah mule untuk menyalahgunakan kuasa dan kemudahan yang diberikan dengan mebulis blog.





sila jangan jadi seperti aku.


yang hanya berani membuka blog.




patutnya aku bukak FB skali! XD

Wednesday, July 14, 2010

yaay!

esok aku mule kerja.. :D whee~ seronok2... seronok bukan sebab ape.. sebab keja tu dia bg gaji rm1500. dahlah ni first time aku keja.. time tengah interview tu orang tu tanya aku, mari kita bincang tentang gaji. huhu.. dalam borang yang dia suruh isi tu aku biarkan kosong soalan pasal gaji. ye la, mana pernah aku keja sebelum ni.. mana aku tahu menahu pasal gaji. aku pun cakap la kat dia, aku tak tahu sebab aku tak penah keja. tahu2 je, dia kata


"how about RM1500 as your basic salary?"


pergh.. dlam hati tu.. mau je aku bangun lompat2 depan dia.. yela.. biasala.. budak umur 20 tahun macam aku ni mana pegang duit lebih dari rm100 untuk diri sendiri.. sekali ade orang ofer rm1500.. macam orang ngantok disorongkan bantal la jawabnya.. :)


so esok aku mule keja.. aku tak tahu nak pakai ape.. patot ke aku pakai baju kurung? ke nak pakai suit? macam melampau sangat pulak.. hehehe.. aku rasa macam dalam drama.. agak2 sama tak hidup bekerja yang aku slalu tengok dalam drama dengan real lif? entahla..




mari kita sama2 saksikan esok.. :)



*harap2 aku tak jadi cmni*

*moto aku yang baru! whee~*