...
...
...
baru sahaja selesai meluahkan perasaan kepada alau. terima kasih alau kerana mengingatkan aku tentang ape seharusnya yang aku lakukan. aku seorang guru [atau bakal menjadi seorang guru]. tugas aku mendidik. dan itu tugas yang akan aku pikul sehingga akhir hayat aku. dan walaupun ade seribu orang, hatta sejuta insan sekali pun yang datang kepadaku, yang memegang prinsip yang bertentangan dengan aku, yang menghina atau memandang rendah pada pegangan ku.. aku takkan gentar atau mengundur diri. aku akan tetap berdiri teguh di sini, tetap mencuba sedaya upaya untuk melindungi generasi masa depan dari diracuni dengan doktrin-doktrin gila dan falsampah-falsampah yang menggunung. aku bangsa melayu, beragama islam dan berwarganegarakan malysia. semua ini aku cinta. aku sayang.
ye.
ade di kalangan melayu yang lupa.
ye.
ada di kalangan islam yang mungkar.
ye.
ade di kalangan malaysian yang khianat.
jadi kenapa kita masih lagi memegang utuh pada kesilapan2 ini? kenapa tidak kita bina sahaja suatu permulaan baru, membuka satu buku baru? kenapa instead of mencari jalan penyelesaian kepada masalah2 yang ade, kite setakat berborak di tepi, mengutuk dan mencaci?
bantulah aku rakan2 ku..
bantu aku.. membina satu generasi yang sayangkan asal usul mereka, yang kenang asal usul mereka, dan yang menghargai asal usul mereka....
No comments:
Post a Comment