Tapi aku sedih sket time nak buat ni... Aku terlupe nak letak 1 bahan penting lam adunan.. Nasib baek jadi jugak.. Tapi tu la.. Rasa cam loser bila Ayuni kena tolong menyelamatkan. Terima kasih Ayuni!! Tapi dun worry, korang mesti boleh buat punya.
Pau Goreng Inti Kacang Merah
Bahan-bahan:
410g Tepung gandum
180ml Air
4 sudu teh Yeast kering (Macam brand Mauripan)
4 sudu besar butter (Yang ni la yang aku lupe bubuh TT__TT)
5 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
Seberapa banyak pes kacang merah yang korang nak
Cara-cara:
2. Uli doh tadi sehingga doh tak melekat di tangan (Kalau melekit2 lagi walaupun dah berjam2 korang uli, pandai2 la tambah tepung)
3. Biarkan doh, sehingga doh sudah mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
4. Keluarkan doh dan tumbuk doh untuk keluarkan angin. Jangan lupa uli ok?
5. Bahagikan doh kepada seberapa banyak yang anda mahu. Yang aku buat tadi boleh dapat dalam 18.
6. Leperkan doh di atas tangan dan masukkan pes kacang merah ke dalam doh. Bungkus balik. Ulang proses ni sampai habis semua doh korang.
7. Biarkan doh untuk kembang lagi. Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga doh sudah menjadi kekuning-kuningan.
TADA!!! Siap! Hehe. Ieqa kata dia seronok dapat makan. Aku gembira dengar dia gembira. Hihih. Oh harus bersiap untuk berniaga di pasar malam malam ni!





